Sunday 25 May 2014

TIPS DIDIK ANAK GUNA TANDAS

Assalamualaikum


Anak-anak suka bermain. 
Tak kira di mana-mana sekalipun di padang, taman permainan, rumah mahupun di dalam tandas, tapi bagaimana untuk mendidik anak menggunakan tandas? 

Mari tengok :)


  • Apabila anak anda sudah mampu berjalan, ajarinya dengan tatacara penggunaan tandas
  • Sediakan selipar kecil di dalam bilik air bagi mengelakkan mereka terjatuh dan terpijak najis yang berada di lantai.
  • Ajarkan mereka cara menggunakan mangkuk tandas dan tidak kencing berdiri di lantai yang boleh menyeabkan lantai bernajis, memercik ke dinding dan berbau hancing.
  • Selepas membuang air kecil dan air besar, ajarkan mereka cara menyucikan najis. Guna paip air salur getah untuk mereka menyucikan najis sendiri.
  • Ajarkan mereka untuk berjimat menggunakan air.
  • Pam tandas, jirus sekeliling mangkuk tandas dengan air yang perlahan supaya tidak memercik ke badan.
  • Basuh tangan dengan sabun dan bilas tangan sehingga bersih.
  • Jirus kepala paip dengan sedikit air.
  • Sebelum keluar dari tandas jirus air perlahan-lahan ke kaki.
  • Buka selipar dengan cermat dan tinggalkan selipar dalam tandas. 
  • Baca doa keluar tandas.

Bila sebut tentang kanak-kanak, kanak-kanak suka bermain. Apabila bermain, pasti ada kotoran yang melekat di baju. Shaklee bukan hanya mempunyai supplement tetapi juga mempunyai healthy home. 
Shaklee mempunyai Fresh Laundry Concentrate (Powder) :)


Kebaikan Fresh Laundry Concentrate



Fresh Laundry Concentrate (Powder) adalah formula semulajadi untuk pakaian yang lebih bersih. Ia memberi nikmat kesegaran kepada anda.  sesuai digunakan untuk semua fabrik yang boleh dibasuh. 


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
Facebook/Instagram : Luvsupplements
Blog : http://luvsupplements.blogspot.com 

Friday 23 May 2014

MATA KERING , LESU TAK BERMAYA??

Assalamualaikum,
Pernah rasa macam tajuk di atas? Mata rasa penat sangat!!!!


Akhirnya, Tidurla ;P



Kenapa Begini! Apakah tanda-tanda sindrom kekeringan dan kelesuan mata?


Moh, kita check satu-satu,

  • Mata rasa pedih bagai di cucuk-cucuk
  • Mata rasa berpasir, rasa kurang selesa
  • Kelopak mata berat dan payah rasa nak buka
  • Pandangan jadi kabur , sukar nak fokus
  • mata letih seolah-olah mengantuk

Punca utama penyumbang penting kepada Sindrom Kekeringan & Kelesuan Mata adalah :
  • Jarang kerlip mata kerana terlalu fokus dengan kerja
  • Duduk depan komputer terlalu lama
  • Radang konjunktivitis kerana terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti kimia, asap rokok dan draf penyaman udara.

Cara mengawal masalah kekeringan dan kelesuan mata :
  • Jangan menyentuh atau menggosok mata dengan kedua belah tangan.
  • Cuci tangan dengan bersih secara berkala.
  • Gunakan kaca mata hitam ketika berada di luar rumah.
  • Gunakan titisan mata yang sesuai dan disarankan oleh pakar perubatan
  • Elak berada di tempat yang terdedah dengan aktiviti pencemaran.
  • Ambil supplement yang selamat .

Bila sebut tentang supplement, terus Ani teringat tentang Carotomax Shaklee


Apa istimewanya Carotomax adalah? :)



Carotomax membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu, Ia membantu memelihara kesihatan kulit juga selaput lendir.


Berminat dengan supplement Shaklee?

sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
Facebook/ Instagram : Luvsupplements
Blog : http://luvsupplemnts.blogspot.com

Disclamier : Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday 21 May 2014

11 ADAB MENDIDIK ANAK

Assalamualaikum, 

Moga semuanya sihat dan ceria in sha Allah


Anak permata hati bukan?
Tengok dia gembira , ibu pasti gembira.
Tengok dia sakit, ibu juga merasa pedihnya.

Kasihnya ibu membawa ke syugra. Bagaimana untuk mendidik anak menjadi anak baik dan berbudi pekerti?

Moh kita baca :)


  • Jika anak melakukan kesalahan, perbaiki kesalahannya dengan penuh kasih sayang dan bukannya perasaan yang penuh dengan kecewa.
  • Jangan kurangkan kasih sayang kepada si anak apabila kita mendapat anak yang baru.
  • Jiwa anak yang kecil mampu menampung untuk menerima kebaikan dan keburukan. Tunjuk kata-kata  dan perilaku yang positif, biar mereka terbiasa dengan keadaan dan cas -cas positif supaya mereka boleh menerima sebagai perilaku harian.
  • Bantu anak untuk mencintai ilmu dan agama.
  • Ketinggalan dalam pelajaran bukan bermakna tidak pandai dan cerdik. Kerana setiap anak itu punya kelebihan yang tiada pada yang lain. 
  • Dekatkan anak kepada Allah dan Rasul. Cerita kepada mereka kisah dan akhlak Nabi,Allah suka orang yang berbuat baik, Allah sayang dan Allah redhai mereka. Kalau buat sebaliknya, Allah marah kepada orang yang berbuat jahat
  • Jangan sesekali menasihati anak-anak di hadapan orang lain. 
  • Biasakan anak perempuan untuk memakai tudung
  • Biasakan anak supaya berpuasa sejak dari kecil secara bertahap
  • Jangan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. mereka akan lihat dan hadam dalam kepala.
  • Jangan hentikan perbualan bila berbual dengan mereka. 
Otak anak kecil seumpama mata pisau tajam yang dapat menghafal semua perkara. Berikan mereka yang terbaik semasa kecil dan akan datang. 



Meal Shakes untuk anak-anak
Terkandung 19 vitamin dan mineral penting
Sumber pemakanan serat dan protein terbaik
Kaya dengan sumber kalsium

Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
Facebook @ Instagram : Luvsupplements
Blog : www.luvsupplements.blogspot.com

Tuesday 20 May 2014

Jawatan sebagai Amanah

Assalamualaikum,

Sebenarnya ani baca magazine lama, dan selak, selak nampak article berkaitan Jawatan sebagai Amanah, dalam column MukminLifestyle hasil karangan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Ani amik article ni untuk perkongsian bersama juga peringatan untuk diri sendiri.

Bila sebut amanah, Dr Zulkifli menerangkan bahawa kita benar-benar menjadi hamba Allah yang menunaikan amanah.

Bagaimana cirinya dan sifatnya?

  • Tidak boleh mengkhianati amanah
Firman Allah "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui" (Al-Anfal : 27)

  • Keperluan menunaikan amanah sebagai satu kewajipan
Firman Allah  : "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan yang adil. Sesungguhnya, Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat (An-Nisa 4:58)

  • Jawatan diberi kepada yang benar-benar layak
Sebaik-baiknya seorang muslim itu menghindarkan diri untuk menyandang jawatan yang tinggi dan mengejar pangkat walaupaun dia seorang yang layak menyandang jawatan itu, kerana siapa yang menjadikan pangkat dan kedudukan itu sebagai batu loncatan, kelak dia akan diperhambakan oleh pangkat dan kedudukan itu.

  • Jangan menipu dan memakan harta secara batil
Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, janganlah kamu berbunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu. Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka Kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapa pun yang dapat menghalangnya)." (An-Nisa'4 : 29-30)

Ayat ni mensyaratkan kepada kita untuk menjalankan perniagaan dengan dua perkara :

  1. Perniagaan mestilah antara dua pihak dengan semangat redha-meredhai
  2. Jangan sampai suatu pihak mendapat manfaat yang menyebabkan kerugian kepada pihak yang lain.

Sesiapa yang membahayakan orang lain untuk manfaat diri sendiri, perbuatannya sama seperti dia mengalirkan darahnya sendiri dan dia membuka pintu kebinasaan untuk dirinya sendiri yang akan diterima pada kemudian hari.  

Semoga sedikit perkongsian memberi manfaat , In sha Allah :)

Saturday 17 May 2014

Bagaimana nak jimat dengan Shaklee?

Assalamualaikum,

Ani rasa semua suka title di atas kan? Bagaimana nak jimat dengan Shaklee?Semua suka jimat kan? kan kan?

Ani pun suka! Apa-apa yang menjimatkan duit pasti ku suka hehe 

Berbalik kepada title di atas!




Bagaimana nak jimat dengan Shaklee?
 Caranya dengan menjadi ahli Shaklee!

Jimat wooooo hingga 15-20%. :))))
SENYUM PANJANG !!! :D


Mohla kita buat soal jawab ye hehe ^-^

Q : Saya tak nak jual, saya nak makan sendiri je, Boleh ke jadi ahli?
A : Boleh ! jadi ahli shaklee bukan untuk menjual sahaja, makan sendiri pun boleh :)

Q : Kalau saya jadi ahli Shaklee, payahla saya nak amik barang , nak pergi branch lagi..
A : Tak payah pun, sebabnya anda boleh beli online dan nanti Shaklee akan hantar ke alamat anda :)

Q : Apa kelebihan jadi ahli Shaklee ni?

A : Satunya, anda boleh beli dengan harga ahli. Kemudian, jika anda beli melebihi uv yang ditetapkan , anda akan dapat bonus. Bonus tu dalam bentuk duit. Duit masuk tengah bulan. Alhamdulillah best taw, gaji selalu masuk hujung bulan. Tengah bulan masuk fulus boleh tersenyum :))

Q : Jika saya nak makan sendiri, tetiba nanti saya nak business boleh?
A : Boleh, rujuk upline anda :)

Q : Berapa yang perlu bayar untuk jadi Ahli Shaklee?
A : RM 79.50 including postage

Q : Kena renew ke jadi ahli Shaklee ni?
A : Taklah. seumur hidup. RM79.50 daftar tu la untuk seumur hidup :)

Q : Nak daftar Shaklee bagaimana?
A : call/sms/whatsapp Ani 014-7222642 nanti Ani minta butiran anda terus daftarkan untuk anda :)




Tak rugi pun daftar jadi ahli, sebabnya jimat, supplement untuk kegunaan dan kesihatan bersama.



Berminat dengan rangkaian supplement Shaklee?
sms/whatsapp : 014-7222642
pm di facebook : Ani Haryani @ LuvHaryani
Blog : LuvHaryani.blogspot.com





Thursday 15 May 2014

Memilih permainan anak -anak

Assalamualaikum, 

Bila buat entri ni teringat zaman kecik dulu. 
Riang ria seperti The Smurfs hehe



Mungkin juga seperti Alvin and the chipmunks? :)


Seronok bermain! :))

Baik, terus ke entri 

Bagaimana untuk memilih permainan yang selamat? :)

Moh kita tengok satu-satu!


  • Baik untuk minda 
Beri permainan yang menguji minda mereka. Secara tidak langsung, permainan ini memberikan mereka untuk berfikir dan bertindak mengikut naluri mereka. Dengan bermain, mereka akan belajar berkawan, menerima kekurangan, mengawal kemarahan , berkongsi barang dan sebagainya. 

  • Baik untuk jasmani
Rasulullah S.A.W bersabda  "Segala sesuatu yang tidak berkaitan dengan zikir, maka itu adalah senda gurau belaka kecuali empat perkara ; perjalanan seseorang antara dua tujuan (memanah), latihan menunggang kuda, bersenda gurau dengan keluarga dan belajar berenang." (Riawayat Al-Tabarani)

Permainan bukan hanya dari segi menguji minda, colourful and exsiting tapi outdoor activities pun jangan di lupa. Beriadahlah bersama mereka. Lari sana lari sini, jatuh, gelak, terluka bangun itu semua permainan dan pendidikan untuk anak-anak :)

  • Membina akal dan fikiran
Untuk kanak-kanak, ini lebih kepada komunikasi, perlukan tunjuk ajar dan mereka akan berfikir. Maksud Ani di sini adalah dengan menggunakan kad imbasan, think and memorize. Permainan Lego pula membantu kanak-kanak untuk berfikir membina objek sekaligus menyerlahkan kreativiti mereka. 

Oh.. Ani suka main lego hehe :)

  • Tak berbahaya
Dalam kita seronok membeli permainan untuk kanak-kanak. Ingat, jangan sesekali membeli barang permainan yang mengandungi bahan toksik. kanak-kanak bukan saja bermain tapi suka juga ngap hehe. mudah untuk masuk mulut. Jangan sangat! ini kerana kandungan toksik boleh memberi risiko kepada kanak-kanak untuk dapat kanser!

Jangan ye, pilih permainan yang selamat.

  • Tak mencederakan!
Jangan beli permainan kanak-kanak yang tajam, laser,pistol, gunting dan sebagainya. Sebabnya ia mudah untuk mencederakan mata, kulit, kang tak pasal-pasal pukul kawan.. Tak nak!Permainan berunsur ganas juga tidak digalakkan . Kadang-kadang, main dekat computer, keluarga kena pantau. Takut mereka bermain permainan yang ganas contoh permainan melibatkan darah.. Jiwa mereka nanti akan menjadi ganas dan kurang kasihan melihat kesusahan dan keadaan orang lain.

  • Pilih mengikut usia dan jantina
Pilih permainan mengikut usia anak-anak. kalau baby, bagi yang berbunyi, colourful, pusing-pusing hehe. Girls bagi yang bercirikan gadis jugak, barbie, pink colour . Boys pulak seperti robot, kereta dan sebagainya.

Biarlah apa yang kita pilih dalam kehidupan mereka menghidupkan hati, memberi kecergasan dan memberi manfaat kepada mereka. :))


Bila berbicara tentang kanak-kanak, teringat Meal Shakes yang sedap!
Promotion Meal Shakes Beli 6 percuma 1 masih lagi berlangsung.
Terkandung 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.

Berikan yang terbaik untuk kesayangan anda. 
Semoga anak aktif, bijak belajar, makan-makanan yang sihat dan dapat nutrient yang secukupnya.


Berminat dengan supplement Shaklee?
sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani/ Luvsupplements
Fb/Instagram : Luvsupplements
Blog : www.luvsupplements.blogspot.com

Disclamier : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Monday 12 May 2014

Tips Hilangkan Bau Badan

Assalamualaikum,

Pernah rasa bersebelahan dengan orang yang badannya berbau?

Lagi-lagi bila dalam keadaan sesak, Pasti menyukarkan keadaan orang yang mengalami masalah tersebut dan orang yang berada di  sekitarnya.



 tengok kartun ni hehe, perompak pun tak jadi nak rompak, rela tutup hidung dari acu pistol!



Baik, Tips hilangkan bau badan : yakni tips orang tua

4 petua , boleh pilih mana yang berkenan untuk tips tradisional :)
  1. Gosok hampas teh yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama di bahagian tengkuk dan ketiak. Amalkan 3 x seminggu.
  2. Sama caranya. cuma berlainan sedikit, kita guna hampas kelapa. Biarkan 45 minit kemudian bilas. Amalkan 3x seminggu.
  3. Ambil segenggam beras, goreng tanpa minyak dan hanguskan. Ramas hingga hancur , campur sedikit dengan air asam jawa. Gosok pada tempat mudah berpeluh. Biarkan 10 minit dan bilas.
  4. Kupas kulit timun muda dan basuh hingga bersih. Kemudian, gosokkan pada bahagian mudah berpeluh selepas mandi. Amalkan setiap hari.
Tak nak tradisional, rasa renyah..kita ada moden. Moden tidak memerlukan banyak step cuma telan dan minum banyak air  hehe


Bila bincang soal Bau Badan, cadangan supplement adalah :

Alfalfa !



Jamu Moden :)

Alfalfa mengandungi Vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus, dan zat besi. Alfalfa membantu dalam mengurangkan toksin serta merendahkan kolestrol. Ia membantu melindungi radiasi dan membantu mengawal bau badan.



Garlic Complex



Ia membantu dalam peredaran darah yang lancar dan baik. Membantu mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah juga meningkatkan sistem imunisasi badan. Garlic Complex Shaklee menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah anti-oksidan spearmint dan rosemary. 


 Cadangan Ani anda boleh ambil Alfalfa sahaja

 atau


 Alfalfa + Garlic Complex



Ikut mana yang berkenan di hati :)


Berminat serta maklumat lanjut?
sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
Instagram : Luvsupplements
Blog : www.luvsupplements.blogspot.com

Disclamier : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday 11 May 2014

Atas Bukit

Assalamualaikum :)


Pepagi , tiba-tiba adik Ani nyanyi lagu Atas Bukit 
Lagu ni sebenarnya lagu masa ani kecik dulu, 
Tapi bila dia nyanyi lagu ni, dia mengingatkan ani tentang semangat dan berusaha dalam apa jua yang kita nak capai !



Ani try cari lagu ni penuh tapi tak dapat, jadi siapa yang nak taw ritma dia, begini :)

http://www.youtube.com/watch?v=f2HEht-m2vg

Liriknya begini :)


Atas bukit ada rumput,
rumput cantik tak pernah lihat
rumput atas bukit,
bukit yang cantik... hey
bukit yang cantik..


Atas rumput ada pokok, 
pokok cantik tak pernah lihat
pokok atas rumput
rumput atas bukit
bukit yang cantik..hey
bukit yang cantik


Atas pokok ada dahan,
dahan cantik tak pernah lihat,
dahan atas pokok,
pokok atas rumput...
rumput atas bukit
bukit yang cantik..hey
bukit yang cantik

atas dahan ada sarang, 
sarang cantik tak pernah lihat,
sarang atas dahan, 
dahan atas pokok,
pokok atas rumput

atas dahan ada sarang,
sarang cantik tak pernah lihat...
sarang atas dahan,
dahan atas pokok,
pokok atas rumput,
rumput atas bukit,
bukit yang cantik..hey,
bukit yang cantik.

atas sarang ada telur,
telur cantik tak pernah lihat...
telur atas sarang,
sarang atas dahan,
dahan atas pokok,
pokok atas rumput...
rumput atas bukit...
bukit yang cantik..hey,
bukit yang cantik

atas telur ada burung,
burung cantik tak pernah lihat,

telur atas sarang,
sarang atas dahan,
dahan atas pokok,
pokok atas rumput,
rumput atas bukit,
bukit yang cantik.. hey,
bukit yang cantik


Lagu ni betul-betul membuatkan ani ingat tentang usaha. Berusaha, kita tak taw apa yang akan ada di hadapan kita.

Semoga kita semua berusaha dan dapat apa yang dihajati Amin,

Saturday 10 May 2014

Kuasa Hentakan Basic H2!

Assalamualaikum,

Sebenarnya hari ni semua tidak di rancang.. mama kata rumah bersepah, seolah-olah dapat rasa macam tak cantik sangat. huhuhu. Jadi, mula lah Ani menggunakan Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate. Mama yang request belilah benda ni.

Ok, before ani tunjuk apa yang  telah berubah, meh ani perkenalkan wajah Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate!


Apa yang best tentang Basic H2 Organic Super Claaning Concentrate ni adalah dia non-toxic, natural, superconcentrated, biodegradable surfactants and no phosphates!

Dan Ani sebagai pengguna sangat puas hati sebabnya tangan tak rasa macam kita guna sabun jenama lain, still tangan rasa soft and takde kedut kat tapak tangan sebab lama kat air kan! Kata nak mengemas ;)

Dan dan dan dan... Masha Allah, sangat jimat. Botol ni kecil-kecil cili padi. 

Trust me! RM46 YANG MENJIMATKAN!!


  • Bersihkan walls, stainless stell 1/4 tblespn basic H2 + campur air (16 oz of water)
  • Windows and mirrors :only 2 drops + air
  • Floors (lantai) : 1 tblespn
  • Oven, microwave : 1 1/2 tablspn
  • Grills, engine grease : 2 oz
* semua ni campur Air 

Boleh sampai 48 gelen air taw, really powerful!
Bila lap, tak payah bilas. Kalau dulu, style ani nak bersihkan cermin, lap dengan surat khabar basah dan kering, sekarang lap je tak payah bilas. Yang best tangan ni, Masha Allah, PH seimbang. Seronok kemas rumah!


Ok, tengok :D


Disclamier : Semua gambar ini tidak di edit langsung dari segi cahaya, sinarannya dan kebersihannya. ini benar-benar kejadian! :)

Gambar ni kat rumah, dinding rumah kami ada anak kecil conteng, jadi ani cuma lap dan tak payah bilas lepas tu. Bersihkan! Shining gitu!! ^_^V  



Peti sejuk. Atas ada nampak kotornya, lepas di lap :)



Dinding dapur, tempat memasak. Lebih kilau sinarnya! :)

Sungguh, RM46 YANG MENJIMATKAN!!! 

Kalau cikgu yang pening white board kotor, payah nak padam, Mehla guna Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate!

Sesuai untuk kegunaan dalam dan luar rumah.

Memang Berbaloi!!

Berminat?
sms/whatsapp : 014-7222642
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
Fb @ Instagram : Luvsupplements
Website : www.luvsupplements.blogspot.com



Thursday 8 May 2014

Kenali Rambut Anda! :)

Assalamualaikum, 

Empat jenis rambut!

Jom tengok satu persatu :)

Mana taw ada yang ala-ala Rapuzel, bersinar, panjang, lebat dan cantik!



  •  Rambut Kering
Rambut kering adalah jenis rambut yang kusam, mudah patah, rapuh dan susah untuk di atur. Ia juga dikenali sebagai rambut rosak.

Penyebab kepada rambut kering adalah rambut kita sering terdedah dengan bahan-bahan pengawet, bahan kimia, sering menggunakan hair dryer dan kurang mendapat vitamin.

  •  Rambut Berminyak
Rambut jenis ini rambut yang kelumumur, mudah kotor, rasa berminyak dan kepala mudah gatal.

Penyebab kepada rambut berminyak adalah faktor keturunan, nutrisi yang kurang, kita sendiri hidup terlalu tertekan dan stress. Silap dalam memilih shampoo dan conditioner yang dipilih tidak sesuai.

  • Rambut Normal
Rambut yang di inginkan oleh semua orang. Ala-ala Rapunzel :) Kebiasaannya, rambut jenis ni rambut yang mudah di urus, lembut dan rambut nampak hidup. Shining you  hehe 

  • Rambut Mudah Rosak & Patah
Rambut jenis ni  adalah hujung rambut yang bercabang, kusam, kering dan kasar.

Antara puncanya kerana sering terkena cahaya dan panas matahari, selalu dikenakan bahan-bahan kimia, rambut direbonding, hair dryer dan pewarna rambut.


** Bila berkaitan dengan rambut, Ani nak inform Shaklee  juga mempunyai Shampoo dan Conditioner untuk rambut yang di formulasi daripada bahan semulajadi, selamat dan berkesan.

Jom tengok satu-persatu :)

REVITALIZING SHAMPOO



* Bertindak bagi melicinkan rambut dan melebatkan rambut. Sistem pembersihan yang lembut dan berpaten. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.

PURIFYING SHAMPOO



* Membersih dengan secara menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran yang lain. Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelumumur.


REPLENISHING CONDITIONER



*Pelembap yang pekat bagi rambut tampak berkilat dan lembut bak sutera. Membantu memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi.

LIGHTWEIGHT CONDITIONER



* Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa terlalu melekit.Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, sihat dan berkilat. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah di gayakan dan di urus. 

Istimewa produk Shaklee adalah anda takkan jumpa sebarang bahan kimia kuat yang boleh menyebabkan rambut dan kulit kepala jadi rosak . Trust Me!


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

sms/whatsapp : 014-7222642
pm fb : Ani Haryani@ Luvsupplements
Like fb: Luvsupplements
Follow Instagram : Luvsupplements
Website : www.luvsupplements.blogspot.com

Tuesday 6 May 2014

Tips kurangkan stress!

Assalamualaikum

Mula-mula mari senyum !


Tips mengurangkan stress cara Ani :)

Disclamier : Ani bukan doktor mahupun pakar dalam bidang ini, tapi Ani cuma berkongsi pengalaman cara mengurangkan stress ikut style Ani :)


  1. Ambil wudhuk
  2. Istighfar banyak-banyak kali
  3. Amalkan baca ayat Al-Qur'an setiap hari
  4. Kalau stress tengah duduk, cuba bangun  dan sebaliknya.
  5. Solat
  6. Pergi tempat yang sunyi, damaikan hati
  7. Minum air masak
  8. Makan gula-gula
  9. Cari video kelakar kejap, tengok huhu
  10. Pagi-pagi ani ambil B-Complex Shaklee


Kelebihan B-Complex

  • Membantu melawan simptom dan punca tekanan dan kemurungan
  • Menggalakkan kesihatan jantung, metabolisme tenaga & replikasi DNA yang sihat
  • Membantu meningkatkan fungsi otak
  • Membantu mengurangkan kelesuan dan kemurungan
  • Membantu kelancaran urat saraf

B-Complex Shaklee, baik untuk :

  • Kanak-kanak
Bagi meransang pertumbuhan , meningkatkan kemampuan berfikir dan memberikan tambahan tenaga.

  • Orang Dewasa
Membantu memberikan tenaga, mengurangkan stress, melambatkan proses uban dan membantu meningkatkan konsentrasi

  • Ibu Mengandung
Diperlukan bagi pembentukan dan aktiviti sel genetik dan mencegah anemia (tekanan darah rendah)


Berminat?

sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
Fb @ Instagram : Luvsupplements
Website : www.luvsupplements.blogspot.com

Disclamier : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...