Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Pandangan Dr Mohamed Nasr berkenaan Shaklee's Soy Protein (ESP)

Tidak dinafikan, ESP adalah salah satu produk terkenal di dalam Shaklee
Namun, ramai beranggapan ESP adalah susu
Tidak! ESP bukanlah susu tapi ESP adalah soya. :)

Pandangan Dr Mohamed Nasr Berkenaan Shaklee's Soy Protein (ESP)

Dr Mohamed Nasr, Director of the Medical Care & Diagnostic Center of Lake Villa ,  Illinois, USA 


"You can feel so very good about Shaklee's Soy Protein, and how we can help so many people who are looking for ways to improve their health"

Ini adalah antara petikan kata-kata Dr Mohamed Nasr ketika berada di Milwaukee, Wisconsin pada tahun 2004 untuk berkongsi maklumat berkenaan kebaikan ESP Shaklee
Kebaikan ESP menurut Dr Mohamed Nasr


Khasiat ESP akan meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut.ESP mengurangkan paras kolestrol dalam darah sebanyak 23%Sebanyak 60 kajian telah dijalankan menunjukkan Protein Soya meningkatkan kepadatan tulang lebih daripada hanya sekadar Magnesium Kalsium sahaja.2 kajian menunujukka…

Impian Percutian Saya Sejak Dari Kecil : Italy!

Ani pasti semua ada impian.
Impian Kerjaya, Impian Rumah, Impian Kereta, tak lupa juga Impian Percutian!
Impian Percutian Ani Italy. Yeay!! 
Destinasi Percutian Saya : Italy! :)


Senarai Impian Percutian Makkah : Makkah bukan kepada percutian tetapi lebih kerinduan Ani nak jejak kaki ke sana. Ani set dalam minda Ani pergi Makkah dulu baru senarai impian lain Ani tunaikan. In sha Allah Amin. :)Italy (Istimewa sangat!! )Istanbul Cordoba, Spain
Impian Masa Kecil :)
Tahukah ? Tahukah dan Tahukah?? (senyum lebar-lebar)
Sebenarnya Ani dah impikan sejak kecil. Tapi sebab dah besar , Ani biar je impian ni macam ais lebur.. Dan sekarang, Ani rasa Ani boleh gapai impian. Kenapa Ani tak pasang dan pasakkan balik supaya ia menjadi REALITI ~ ngee senyum panjang :D :D :D
Ani punya bayangan masa kecik,  Ani ada kat sana ala-ala Ratu OK!, Pakai dress, memang Ratu habis sambil pandang kawasan Italy dan naik Gondola sambil senyuman terukir  (Rasa nak pengsan, Bangun Balik, Menjerit puas-puas!!! Gelak habis-habi…

Sekitar Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan Oktober 2014

Pada 23 - 26 hb Oktober lepas, Ani ada menghadiri IMKK 2014
Jika anda pernah dengar Dr Azizan mengatakan tentang "kolam jiwa".
Disinilah belajar untuk membersihkan kolam jiwa.
Magnet kepada Kekayaan & Kejayaan :)
Sekitar Intensif Magnet Kekayan & Kejayaan
Apa yang menarik perhatian Ani , apabila Ani berada di sana Ani rasa energy yang sangat positif, dikelilingi orang yang sangat positif dan aura DR. AZIZAN OSMAN YANG MEMANG SUPERB!!
Di sini Ani belajar membersihkan kolam jiwa, membakar segala apa yang terpendam, buang segala ketakutan, dapat kawan baru, formula kekayaan dan kejayaan, cara senyuman yang betul. Segala powers, segala action yang perlu Ani buat dan banyak lagi!!!
Sejujurnya, Ani bersyukur sangat Allah dorong Ani untuk pergi ke IMKK, Berkampung di The Mines 4 hari. Subhanallah, Satu pengalaman yang sangat membina dan menyeronokkan.

Tahukah? Dr Azizan benar-benar ingin membantu anak bangsa Melayu menaikkan taraf ekonomi mereka. Keikhlasannya jelas terpancar. Ilm…

Cara Kempiskan Perut!

Bila Ani kata Ani nak buat entri kali ni cara nak kempiskan perut, ada yang hampir dengan Ani kata, Bagus Ani, Aku nak kempiskan perut!!
Perut yang tak berapa nak kempis sedikit sebanyak menggugat ketrampilan diri sekaligus membuatkan individu rasa tidak selesa pabila berhadapan di khayalak ramai.
Jangan gusar. Ikut tips yang Ani berikan.
Cara Kempiskan Perut

Cara1# Tukar Cara Makan
Penting ikut sunnah Nabi SAW. Ubah cara makan dengan kunyah makanan sehingga hancur. Nabi SAW memesan untuk kita mengunyah sehingga 40 kali. Hikmahnya adalah, apabila kita makan dengan cepat dan tergesa-gesa, udara boleh terkepung dalam usus. Itulah penyebab kepada perut buncit

Cara2#Pilih Makanan Yang Betul
Untuk mendapatkan perut yang kempis, pengambilan makanan yang seimbang penting dalam kehidupan seharian kerana diet yang betul boleh mengempiskan perut. Makanan yang betul mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, lean protein, ikan dan sayur-sayuran

Cara3#Ubah Snek & Kudapan Anda
Jika s…

Restoran Favourite Ani : Restoran Insaf

Ani sebenarnya jarang makan luar  
Tapi jujurnya ada 2 restoran yang kami sekeluarga suka pergi iaitu Restoran Insaf dan Chop & Steak, Kampung Baru.
Dan hari ni Ani nak bercerita tentang Restoran Insaf :)


pic credit to : spy
Restoran Insaf

Sejujurnya Ani taw ramai yang kata mahal, dan Ani juga harus akui, ya memang berkos tapi sebagai pelanggan yang dari kecik,  mama bawa Ani dan adik-adik kalau ke KL , memang akan pergi ke Restoran Insaf. Ya, kami suka ke sana.

Kenapa Ani Suka?

Takde sebab lain, sememangnya ia sangat sedap. Masakan dia ya Ani suka. Lagi satu mangga dia Ya Allah sangat fresh. Dia bukan mangga sini. Mangga luar. Memang sedap sangat, Puas hati. Ya, memang berkos tapi  sangat berbaloi. Anda kena cuba. Seriously! Beza rasanya!
Lagi satu, bila masuknya waktu solat, mereka pasang azan.

Satu Cerita Ketika Masuk Waktu Solat

Ya, cerita ni Ani dan kawan Ani,  kami pergi masa tu dah maghrib mencari buku Perut berkeroncong, singgah Restoran Insaf
Masuk waktu maghrib mereka pasang azan kua…

Ubat Buasir : Faktor & Pencegahan

Sakit Buasir bukanlah perkara yang boleh dipandang enteng
Adakalanya sehingga segan nak bercerita dan berkongsi masalah.
Tapi, Apakah itu Buasir? 
Buasir


Kajian saintifik menunujukkan bahawa buasir sebenarnya adalah disebabkan pembengkakan dan pergerakan ke bawah "anal cushions" iaitu struktur normal yang terdapat di bahagian hujung rectum. "Anal cushions " ini sebenarnya berfungsi untuk memberikan "Fine Control" kepada "Anal Sphincter" .Ia akan menjadi buasir apabila membengkak dan bergeser ke bawah.

Faktor Penyebab Kepada Buasir
Tekanan  Sembelit Berat badan yang berlebihan Mengandung Rasa memulas yang teruk pada perutCirit birit kronik Kurang pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
Simptom Kepada Penyakit Buasir
Rasa sakit berdenyut-denyut dan gatal pada lubang duburPendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada ba…

Set Gabungan ESP Shaklee

Tahukah Anda?
Setiap hari kita mengambil makanan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein seperti ayam, daging, telur , ikan , kekacang dan banyak lagi.
Tetapi, suhu yang panas menyebabkan protein sangat mudah termusnah seperti ikan yang digoreng.
Di sini pengambilan ESP sangat penting bagi memastikan tubuh mendapat sumber protein yang lebih berkualiti sekaligus membantu dalam penjagaan kesihatan badan.




Set Gabungan ESP Shaklee
ESP + VITAMIN EVitamin E adalah vitamin antikosida.  Ia mampu menaikkan seri muka dan kulit cantik tanpa make up (natural beauty). Selain itu, Vitamin E boleh dijadikan sebagai masker bersama ESP.

ESP + GLA COMPLEXGLA bertindak untuk mematangkan telur atau ovum sebelum proses ovulasi. Apabila ovulasi berlaku, telur keluar matang dan boleh di senyawakan oleh sperma.
Set ini adalah set yang paling asas untuk mereka yang ingin hamil.Tetapi, jika mempunyai bajet yang lebih besar disarankan untuk mengambil set hamil lengkap.Selain berikhtiar untuk hamil, ianya juga memban…

Kelebihan Ayat Kursi

Sungguh, Ayat-Ayat Allah itu penawar
Satu cerita yang ingin Ani kongsikan , mama kata masa mengandungkan Ani, mama sentiasa baca Ayat Al-Kursi sehingga 1 hari accident mama dan abah naik motor. Alhamdulillah, mama dan Ani ( dalam kandungan mama) sihat dan tiada luka langsung. Elok seperti tiada apa berlaku. Alhamdulillah
Jom kita praktikkan sama-sama, Allah sebaik-baik penjaga kita. Allah Maha Mengetahui , Maha Pengasih, Maha Penyayang
Kelebihan Ayat Kursi


Nabi SAW bersabda, "Apabila masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi "Allahu La Ilaha Illa  Huwal Hayyul Qayyum" sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi" ( H.R Bukhari)
Nabi S.A.W bersabda, " Sesiapa membaca ayat Kursi setelah setiap solat fardhu, tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga selain kematian"   ( H.R Ath Tahbrani No. 7532 disahihkan oleh Al-Albani)

Terjemahan Ayat Kursi
Allah…

Vitamin C Yang Sentiasa Awesome!

Anda memang tercari-cari Vitamin C?

Yang mana satu perlu di ambil
Maila ambil Sustained Release Vitamin C Shaklee :)
Vitamin C Shaklee



Kelebihan Vitamin C Shaklee
Ianya bersifat Sustained Released  yakni 100mg dilepaskan bagi setiap 1 jam selama 5 jam tanpa henti. 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji oren Vitamin C Shaklee mempunyai Bioflavonoids iaitu ianya membantu penyerapan Vitamin C sepenuhnya dan memelihara Vitamin C dari teroksida Sumber natural. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna mahupun bahan pengawet tambahan.
Kebaikan Vitamin C Shaklee
Meransang pembentukan kolagen Memperbaiki sistem pendarahan seperti gusi berdarah dan lebam Membantu sel darah putih bagi menentang bakteria dan kuman Membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darahMembantu meningkatkan sistem imun Membantu memperbaiki masalah insomnia dan stress Membantu mengurangkan simptom flu dan selsema Membantu mencerahkan kulit dan melambatkan penuaanMembina sel darah merah yang sihat untuk penyerap…

Ketuat : Rawatan & Penjagaan

Ketuat kadang-kadang menimbulkan rasa malu dan kurang yakin kepada empunya badan

Apabila kena di tempat yang sensitif pasti ada rasa segan untuk berubat.

Ketuat, jangan di pandang rendah!

Apa itu Ketuat?


Ketuat ialah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh virus human papilloma. Ketuat biasanya kelihatan pada jari, kaki, alat kelamin. Kawasan yang dijangkiti dengan ketuat biasanya akan timbul dan menjadi keras.

Ketuat terjadi di sebabkan oleh virus human papilloma. Ia boleh merebak melalui sentuhan. Pesakit yang mempunyai kurang daya tahan diri seperti HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti eczema sangat mudah untuk dijangkiti ketuat.

Harus diketahui, Ketuat bukan disebabkan oleh faktor keturunan
Rawatan sesuai untuk masalah ketuat
Mengikut Dr Nurhalina Azly Binti Minhat : Salisilik asid  disapu pada ketuat. Rawatan ini perlu dilakukan berulang kali sehingga bahagian ketuat kering, berkuping dan terkopekRawatan terapi cryo. Ini boleh dilakukan di klinik. Terapi cyro merupakan…

Shaklee Cares For Our Children

Pada 14 Oktober yang lalu, Shaklee telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Shaklee Cares for Our Children yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datin Paduka Hjh Zaleha Binti Ismail iaitu Pengerusi Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia.




Shaklee Cares for Our Children



Program MyKasih ini adalah salah satu inisiatif dari pihak Shaklee bagi membantu kanak-kanak yang memerlukan untuk penjagaan kesihatan bersama. Shaklee memberi sumbangan dalam bentuk Meal Shakes, kewangan dan keperluan asas kepada 2000 rumah yang didiami kanak-kanak yang kurang berkemampuan selama SATU TAHUN. 

Selain dari itu, Shaklee Malaysia juga akan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah dan bakal berkongsi cara penyediaan makanan yang sihat bagi anak-anak mereka :)




Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada MyKasih dengan setiap pembelian  Meal Shakes September & October 2014, Beli Meal Shakes  3 Percuma 1, 10%  dari pembelian tersebut akan disumbangkan  kepada kanak-kanak yang kurang berkemampuan.
Jom…