Monday 10 November 2014

Kenapa Perempuan Penakut?

Kenapa yek? (yek  bahasa Johor :) )

Persoalan ni bermain dalam kepala Ani 

Sehingga jumpa kepada jawapannya :)

Yang membuatkan hati berkata sebenarnya tak salah pun perempuan penakut :D

Kenapa Perempuan Penakut?


Saidina Ali Radhiyalahu Anhu berkata :

"Bermula yang terlebih jahat sifat lelaki itu ialah terlebih baik bagi sifat perempuan, iaitu :

  • Al Bukhul : kedekut
  • Adz-Dzuhu : Besarkan diri atau Sombong
  • Al Jubnu : Penakut

Penjelasan Dalam Kitab Muhimmah


  • Perempuan mulia dengan sifat kedekut kerana dia cenderung kepada memelihara harta suami bermaksud dia tidak terlalu senang untuk membelanjakan harta suaminya melainkan atas sebab-sebab yang mustahak.

  • Kedua,Perempuan mulia dengan bersifat besarkan diri atau sombong kerana dia tidak akan sewenang-wenangnya bercakap dengan lelaki ajnabi melainkan keperluan yang mustahak. Secara tak langsung, suaminya tidak bersifat cemburu tanpa usul periksa kerana suami tahu isterinya pandai menjaga diri :)

  • Ketiga, perempuan mulia dengan bersifat penakut, dia akan lebih cenderung untuk tinggal di dalam rumah dan menyebabkan lelaki ajnabi tak terlihat wajah perempuan ini lalu asyik kepada perempuan ni menyebabkan suami berasa cemburu. Semakin tersimpan perempuan itu, semakin mulialah disebabkan perempuan diibaratkan sebagai mutiara yang boleh menimbulkan kesukaan kepada hati lelaki dan menyebabkan timbulnya fitnah.

sumber : Junaidbaghdadi

Lega Hati


Tidak salah perempuan itu penakut. Sejujurnya penakut itu bukanlah dibuat-buat tetapi ianya sebenar dari diri. Dan dan dan.. paling penting, Sifat Lelaki perlulah berlawanan bermaksud perlu pemurah, peramah dan berani. Lelaki kan pelindung perempuan kan? Perempuan pula bersifat kedekut, sombong dan penakut.


Allah tadbir alam sudah sebaik-baiknya. Saling melengkapi juga saling memerlukan. Yang pasti, lelaki keutamaan adalah ibunya. Bagi wanita yang telah berkahwin, keutamaannya adalah suami manakala gadis yang belum berkahwin keutamaannya adalah ibu bapanya.


Cantik kan Allah aturkan?

Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Berminat dengan rangkaian produk Shaklee


Lebih Jimat Jika Anda menjadi Ahli Shaklee

Jadi Ahli Shaklee


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements


"keriangan berShaklee dikongsi bersama"




No comments:

Post a Comment

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...