Tuesday 4 November 2014

Resepi Pisang Goreng Cheese


Hari-hari balik kerja, Ani akan pandang orang yang jual Pisang Goreng Cheese sampai hilang pandangan

Hari-hari tak kira hujan mahupun panas huhu

Tapi fikir balik dari beli, baik buat sendiri Pisang Goreng Cheese ye dak?

Pisang Goreng Cheese



meleleh maria tengoknya
sebab rasa dia marvelous hehe


Saipa pernah makan, pasti rasa nak lagi kan? kan? kan?

kan?kan?kan?

Boleh buat sendiri sebenarnya :)

Resepi Pisang Goreng Cheese


  • Pisang Goreng

  1. Sesikat pisang (buang kulitnya dan potong 2 jangan sampai putus)
  2. 2 cawan tepung beras
  3. 1 cawan tepung gandum
  4. 1 sudu besar baking powder
  5. 5 sudu besar santan
  6. Sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
  7. Secubit garam
  8. 1 subu besar margerin
  9. 1 biji telur

Caranya :

  1. Cairkan mentega 
  2. Satukan tepung gandum, tepung beras, garam , pewarna, baking powder , santan dan telur (Kacau hingga rata)
  3. Tuangkan margerin cair dan kacau adunan tadi sehingga sebati
  4. Masukkan pisang ke dalam adunan
  5. Panaskan minyak dalam kuali
  6. Gorengkan pisang hingga bewarna kuning keemasan
  7. Angkat dan toskan

  • Bahan Sos & Topping

  1. 1 sudu besar butter
  2. 1 sudu besar susu pekat manis
  3. Keju Cheedar  (di sagat halus)
  4. Chocolate Rise atau parutan coklat masakan

Caranya :

  1. Menggunakan kuali yang bersih, cairkan butter
  2. Tutup api apabila butter cair. Tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju (Kacau hingga rata)
  3. Masukkan pisang yang telah siap digoreng dan gaul rata
  4. Angkat pisang dan letakkan pada pinggan
  5. Taburkan keju cheedar yang telah disagat dan taburkan chocolate rise
  6. Jemput Makan :D


Peringatan Dalam Memilih Pisang


Pisang pun perlu pilih ye?

Harus untuk mendapatkan rasa yang lebih enak, marvelouss!!! hehe

Pilih pisang jangan terlalu keras dan jangan yang terlalu masak. Pilih yang biasa. Yang sedang-sedang , molek je nengoknya hehe. Jangan terlalu muda sebab kalau muda pisangnya nanti jadi keras dan tawar. Pisang masak sangat pulak nanti dia jadi penyek dan serap minyak yang banyak.


Selamat Mencuba ye!

Anak gadis buatlah untuk family, pasti hati mereka berbunga-bunga kembang setaman :D

Yang dah kahwin buatlah untuk suami.Katanya perut suami perlu di jaga kan! :D


Nak BerShaklee?


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements

Lebih jimat jika Anda menjadi Ahli Shaklee. :)


"keriangan berShaklee dikongsi bersama"

4 comments:

  1. Huhu..nampak gayanya tak susah jer nak buat menu ni...ada masa leh try ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Makanan santapan petang seisi keluarga :D

      Delete
  2. kalau buat sendiri boleh letak cheese banyak banyak kan...sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju! Itu yang Ani suka . Puas hati hehe :D

      Delete

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...