Friday 27 February 2015

Rambut Gugur Seperti Daun Luruh?

Pernah terjadi masalah ini atau kenalan yang hampir dengan kita punya masalah ini?

Nampak seperti tiada apa -apa tapi sebenarnya " ada apa -apa"

Ini namanya perasan tak perasan. Perasan! hehe

Rambut Gugur

Rambut Gugur

Selalu orang ingat rambut gugur ni sering di kaitkan dengan wanita. Namun, sebenarnya tidak. Lelaki dan perempuan juga ada yang mengalami masalah yang sama.

Bezanya lelaki mudah diketahui apabila semakin lama semakin jelas terlihat kulit kepala manakala wanita atau perempuan payah sedikit sebab ada antara mereka yang memakai tudung.

Bagaimana Untuk Mengetahui Rambut Gugur Di Kalangan Wanita


Ada banyak cara untuk kita yakni perempaun atau wanita untuk mengetahui kita mempunyai masalah sebegitu.

  • Bila bangun pagi, tengok bantal ada helaian rambut ..lain macam tu
  • Bila mandi, rambut jatuh dengan banyak nya
  • Sikat rambut, berjuntai-juntai rambut dekat sikat
Itu bukanlah petanda yang baik , sebaliknya perlu berwaspada

Apakah Punca Kepada Rambut Gugur?


Di antara kepada terjadinya rambut gugur adalah :

  • Melahirkan anak bagi wanita
  • Estrogen Rendah. Kebiasaannya kaum wanita muda yang mengalami masalah ini adalah berpunca daripada tubuhnya kekurangan estrogen
  • Penyakit Tiroid
  • Kekurangan Nutrisi Pada Tubuh

Bagaimana Untuk Menanganinya?


Puan ini dulunya juga mengalami masalah yang sama. Sesiapa juga pasti akan merasa tekanannya kan?Tapi, selepas apa yang di amalkan di dalam video ni, rambutnya semakin kuat dan sihat.




 Dia memilih untuk mengambil produk yang merawat dari dalaman ke luaran.

" Rambut sekarang kurang gugur"


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
Instagram @ Facebook : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Kesihatan & Kecantikan Milik Anda"

Saturday 21 February 2015

Berat Tanggung Jawab Seorang Lelaki


Nampak lelaki itu mudahkan ?

Very easy going tak seperti wanita

Wanita lebih banyak berfikir.. lebih details compare dengan lelaki

Penting mereka lebih cool dalam menangani sesuatu. Hebat kan?

Hakikatnya, Menjadi Lelaki Itu Tidak Mudah

Menjadi Lelaki Itu Tidak Mudah
Mempunyai peminat ramai pun susah jugak kan? 

Siapa kata mudah? Aipp!! hihi

Sebenarnya,masing-masing punya peranan masing-masing ^-^

Sedarkah kita, lelaki itu bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan di dunia dan di sana?

Begitulah lelaki , yang pasti Ani sangat yakin dan setuju apabila Lelaki sudah berkahwin tanggungjawab untuk menjaga ibunya tetap ke atasnya. Takkan berubah!

Untuk Isteri, redha Allah ada pada Suami

Untuk Suami (Lelaki), redha Allah ada pada Ibunya.

Betulkah Begitu?

Ani pernah terbaca , kata kita tersalah dalam mendidik. Perempuan di kerahkan sehabis tenaga untuk melakukan semua kerja manakala lelaki di biarkan menjadi seperti seorang perempuan.

Begitukah realitinya?

Mungkin ada yang kata ya, mungkin juga sebaliknya

Masing-masing ada peranan masing-masing

Ani taw, Allah ciptakan sesuatu pasti ada peranannya

4 Tanggung Jawab Seorang Lelaki

  • Mencari Nafkah
  • Berjihad Fisabillilah
  • Melindungi dan Membela Kaum Yang Lemah & Tertindas
  • Memimpin & Mendidik Isteri  & Keluarga

Lelaki Juga Suka Bersenam

Ani rasa semua orang tahu lelaki suka bersenam

Untuk pemahaman Ani mereka bersukan untuk menghilangkan stress dan kepenatan selepas bekerja

Pulang rumah, tiada mood nak marah sebab dah hilangkan segala kepenatan selepas bekerja.

Tak gitew?? ;)

Gembira hilang kepenatan


Sayang Suami Berikan Vitamin!

Lelaki perlukan vitamin untuk bantu dalam penjagaan kesihatan mereka

Kerana ketua dalam sebuah keluarga adalah Lelaki

Cuba tengok video ni :)


Vitamin penting untuk penjagaan kesihatan keseluruhan


Nikmat sihat tiada galang gantinya.

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
Instagram @ Facebook  : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Kesihatan & Kecantikan Milik Anda"



Thursday 19 February 2015

Maksud Surah Al-Waqiah

Teringat Ustazah Noriah (ustazah Ani semasa Ani  bersekolah agama rendah dulu) pesan dekat Ani perempuan elok baca Surah Al-Waqiah setiap malam.

Secara jujurnya , Ani tak tahu apa kelebihannya, tapi bagi Ani jika seornag guru meminta kita buat, pasti ada sebabnya.

Yang pasti sebab yang baik :D

Surah Al-Waqiah


Surah Al Waqiah by Sheikh Mishary Rashid

Sungguh, Ani suka bacaan dari Sheikh Mishary, masing-masing ada peminatnya sendiri kan? 

Paling penting apa yang disampaikan :)

Terjemahan Surah Al-Waqiah Dalam Bahasa Melayu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

1. Apabila terjadi hari kiamat

2. terjadinya tidak dapat didustakan (disangkal).

3.(Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain).

4. Apabila bumi digoncangkan sedasyat-dasyatnya

5. dan gunung-gunung dihancurluluhkan sehancur-hancurnya

6. maka jadilah ia debu yang berterbangan

7. dan kamu menjadi tiga golongan

8. iaitu golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu

9. dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu

10. dan orang-orang yang paling dahulu beriman merekalah yang paling dahulu (masuk syurga)

11. mereka itulah orang yang dekat kepada Allah

12. Berada dalam syurga kenikmatan

13. segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu

14. dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian

15. mereka berada di atas dipan-dipan yang bertakhtakan emas dan permata

16. mereka bersandar di atasnya berhadap-hadapan

17. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda

18. dengan membawa gelas, cerek dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir

19. mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk

20. dan buah-buahan dan apa pun yang mereka pilih

21. dan daging burung apa pun yang mereka inginkan

22. dan ada bidadari-bidadari yang bermata indah 

23. laksana mutiara yang tersimpan baik

24. Sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan

25. Di sana mereka tidak mendengar percakapan yag sia-sia mahupun yang menimbukan dosa

26. tetapi, mereka mendengar ucapan salam

27. Dan golongan kanan, alangkah mulainya golongan kanan itu

28. (Mereka) berada di antara pohon bidara yang tidak berduri

29. dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya)

30. dan naungan yang terbentang luas

31. dan air yang mengalir terus menerus

32. dan buah-buahan yang banyak

33. yang tidak berhenti berbuah dan tidak terlarang mengambilnya

34. dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk

35. Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) itu secara langsung

36. lalu Kami jadikan mereka perawan-perawan

37. yang penuh cinta (dan) sebaya umurnya

38. untuk golongan kanan, 

39. segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu 

40. dan segolongan besar pula dari  orang yang kemudian

41. dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu

42. (Mereka) dalam siksaan angin yang sangat panas dan air yang mendidih

43. dan naungan asap yang hitam

44. tidak sejuk dan tidak menyenangkan

45. Sesungguhnya mereka sebelum itu (dahulu) hidup bermewah-mewah

46. dan mereka terus menerus mengerjakan dosa yang besar

47. dan mereka berkata "Apabila kami sudah mati, menjadi tanah dan tulang belulang, Apakah kami benar-benar akan dibangkitkan kembali?

48. Apakah nenek moyang kami yang terdahulu (dibangkitkan pula)?

49. Katakanlah, "(Ya), sesungguhnya orang-orang yang terdahulu dan kemudian

50. pasti semua akan dikumpulkan pada waktu tertentu, pada hari yang sudah dimaklumi

51. Kemudian sesungguhnya kamu, wahai orang-orang yang sesat lagi mendustakan!

52. pasti akan memakan pohon zaqqum

53. maka akan penuh perutmu dengannya

54. Setelah itu kamu akan meminum air yang sangat panas

55. Maka kamu minum seperti unta (yang sangat haus) minum

56. Itulah hidangan untuk mereka pada hari pembalasan.

57. Kami telah menciptakan  kamu, mengapa kamu tidak membenarkan (hari berbangkit)?

58. Maka adakah kamu perhatikan tentang (benih manusia)yang kamu pancarkan

59. Kamukah yang menciptakannya ataukah kami Penciptanya?

60. Kami telah menentukan kematian masing-masing kamu dan kami tidak lemah

61. untuk menggantikan kamu dengan orang-orang yang seperti kamu (di dunia) dan membangkitkan kamu (di akhirt)dalam keadaan yang tidak kamu ketahui

62. Dan sungguh kamu telah tahu penciptaan yang pertama, mengapa kamu tidak pernah mengambil pelajaran?

63. Pernahkah kamu perhatikan benih yang kamu tanam?

64. Kamukah yang menumbuhkannya ataukah Kami yang menumbuhkan?

65. Sekiranya kami kehendaki, nescaya Kami hancurkan sampai lumat, maka kamu akan hairan tercengang

66. (sambil berkata), 'Sungguh, kami benar -benar  menderita kerugian,

67. bahkan kami tidak mendapat hasil apa pun

68. Pernahkah kamu memerhatikan air yang kamu minum?

69. Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan?

70. Sekiranya kami menghendaki, nescaya Kami menjadikannya masin, mengapa kamu tidak bersyukur?

71. Maka pernahkah kamu memerhatikan tentang api yang kamu nyalakan  (dengan kayu)?

72. Kamukah yang menumbuhkan kayu itu ataukah Kami yang menumbuhkan?

73. Kami menjadikannya (api itu)untuk peringatan dan bahan yang berguna bagi musafir

74. Maka bertasbihlah dengan (menyebut)nama Tuhamu Yang Maha Besar

75. Lalu Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang 

76. Dan sesungguhnya itu benar-benar sumpah yang besar sekiranya kamu mengetahui

77. dan (ini) sesungguhnya Al-Qur'an yang sangat mulia

78. dalam kitab yang terpelihara (Lauh Mahfuz)

79. tidak ada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang disucikan

80. Diturunkan dari Tuhan seluruh alam

81. Apakah kamu menganggap remeh berita ini (Al-Qur'an)?

82. dan kamu menjadikan rezeki yang kamu terima (dari Allah) justeru untuk mendustakan (Nya)

83. Maka kalau begitu mengapa (tidak mencegah) ketika (nyawa) telah sampai di keronkongan

84. dan kamu ketika itu melihat

85. dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tiak melihat

86. maka mengapa jika kamu memang tidak dikuasai (oleh Allah)

87. kamu tidak akan mengembalikannya (nyawa itu) jika kamu orang yang benar?

88. Jika dia (orang yang mati) itu termasuk didekatkan kepaa Allah

89. maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga yang penuh kenikmatan

90. Dan adapaun jika dia termasuk dalam golongan kanan

91. maka, "Salam bagimu (wahai) dari golongan kanan!' (sambut malaikat)

92. Dan adapun jika dia termasuk golongan orang yang mendustakan dan sesat

93. maka dia disambut siraman air yang mendidih

94. Dan dibakar dalam neraka

95. Sungguh, inilah keyakinan yang benar

96. Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Besar


Thursday 5 February 2015

Perbezaan Ubat Dan Supplement

Ani percaya pasti ada yang terkeliru dengan status " Ubat"  atau " Supplement"

Ani, aku nak beli Ubat.....

Selalu dapat ayat begitu Ani pasti senyum, sebab Ani tak jual dan Ani tak berkongsi kisah ubat, tapi Ani seronok berkongsi ceritera Supplement :)

Lagi-lagi, supplement LuvHaryani

Penuh kasih dan sayang, Memang Ani nak semua orang rasa kasih sayang :D

Perbezaan Ubat & Supplement

Perbezaan Ubat VS Supplement

UBAT di ambil semasa sakit manakala SUPPLEMENT adalah ikhtiar penjagaan kesihatan sebelum sakit 


Adalah salah jika disamakan ubat dan supplement. Oh Nahe hehe .

Ubat di ambil semasa sakit untuk merawat kesan penyakit atau tanda-tanda sakit.Seperti contoh , kita demam, jumpa doctor ambil Ubat untuk membantu merawat kesan penyakit. Manakala

Supplement pula boleh di ambil sebelum sakit, semasa dan bila-bila sebagai langkah ikhtiar dalam penjagaan kesihatan. Supplement membantu merawat punca penyakit dan melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita setiap hari.

UBAT diperbuat daripada BAHAN KIMIA manakala SUPPLEMENT diperbuat daripada BAHAN SEMULAJADI



Ubat diperbuat daripada dadah dan bahan kimia yang akan memberi kesan kepada tubuh dalam jangka masa pendek dan panjang manakala Supplement LuvHaryani adalah dari sumber semulajadi, halal, selamat, berkesan dan mesra alam.



Pilih Vitamin Semulajadi dan bukannya Vitamin Sintetik

Perbezaan Vitamin Semulajadi & Vitamin Sintetik



info : myinfovitamin


Inginkan yang terbaik untuk diri Anda dan yang tersayang?


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
Facebook : Ani Haryani @ LuvHaryani
Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895



"Kesihatan & Kecantikan Milik Anda"


Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...