Kenapa Perlu Pilih Cinch Shake Mix Untuk Kurus?

Umumnya, untuk kurus terdapat 3 langkah mudah dengan Shaklee

Iaitu Bakar, Bina & Buang

Dan untuk Bina Otot, pilihan yang ada adalah Cinch Shake Mix dan ESP

Kenapa Perlu Ambil Cinch Shake Mix Untuk Kurus?

Kurus, Bina Otot Dengan Cinch Shake Mix

Kebanyakkan diet untuk menurunkan berat badan menyebabkan  seseorang itu kehilangan lemak dan otot (ataupun salah satu diantaranya). Bila seseorang itu kehilangan otot, metabolisme tubuh automatik menurun dan tubuh hilang upaya untuk membakar lemak. 

Bila dia tidak lagi berdiet, tubuhnya tidak mampu untuk membakar kalori seperti sebelum mula berdiet. Jadi, berat badan akan lebih cepat naik secara mendadak. Bila diulang sekali lagi,Maka, terhasillah kesan diet YO-YO

Cinch Shake Mix

Cinch Shake Mix

  • Kandungan Leucine dalam Cinch Shake Mix lebih tinggi. Leucine sangat diperlukan untuk merangsang sintesis protein otot bagi mengekalkan otot. Untuk kurus, kita nak bakar lemak kan? bukan otot. Jadi, bila ambil Cinch Shake Mix, ianya membantu dari mengelakkan isu badan gelebeh selepas diet :)
  • Cinch bukan sahaja sumber protein sihat & berkualiti tetapi ia cukup kalori, fiber, vitamins dan mineral/serving yang sangat sesuai untuk program pengurangan berat badan . 
  • Cinch Shake Mix mempunyai ujian klinikal berkaitan dengan penurunan berat badan. Kajian menunjukkan tikus yang diberikan diet yang tinggi Leucine mengalami penurunan berat badan, penghasilan susu badan yang lebih banyak  dan pertambahan berat badan yang ketara untuk anak-anak tikus 
  • Cinch Shake Mix sangat sesuai untuk semua Lelaki & Perempuan termasuklah ibu menyusu :)

Keistimewaan Cinch Shake Mix


  • Rasanya seakan pemanis mulut dengan khasiat penuh satu hidangan
  • Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot di saat pengurangan badan
  • Mengandungi 24gram protein dalam setiap hidangan . Beri rasa puas dan kenyang
  • Kandungan serat yang tinggi, 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting
  • Tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan
  • Soya yang tidak diubah genetiknya (Non GMO)
  • Ia membantu untuk mengekalkan otot, bakar lemak yang tidak diingini dan mengurangkan inci yang ingin dikurangkan.
  • Erm.. Good Bye lah diet YO-YO! hihi 

Cara lebih baik dan mudah untuk menurunkan berat badan



Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Beza Best Before (Baik Sebelum) & Use Before (Guna Sebelum) Untuk Pembelian Produk


Beli barang mesti best (yelah membeli, shopping hehe) of course beli barang yang berguna kan? :)

Dan pastinya setiap pembelian kita terutamanya makanan pastinya ada best before (baik sebelum) & use before(guna sebelum)

Ada perbezaan ke antara keduanya atau pun sama sahaja? :)

Best Before (Baik Sebelum) & Use Before (Guna Sebelum)


Best Before Vs Use Before


Best Before/Best By (Baik Sebelum) ada kaitan dengan kualiti makanan manakala Use Before (Guna Sebelum) pula berkaitan dengan keselamatan produk 

Umumnya, Best Before/Best By (Baik Sebelum) selamat di makan selepas tarikh tertera selagi tiada bau pelik (guna judgement sendiri). Yes, mungkin rasa tak lagi enak tapi kita boleh decide nak makannya lagi ataupun tidak.

Makanan dalam tin atau canister, frozen food, chocolate kebiasaannya mereka menggunakan Best Before dan bukannya Use Before. 

Use Before (Guna Sebelum) memang kena buang selepas tarikh tertera. Use Before (Guna Sebelum) berkait dengan keselamatan makanan dan biasanya ia di tampal atau digunakan pada daging dan produk tenusu. Makanan begini memang kena buang pada tarikh yang dinyatakan sebab sememangnya bahaya untuk di makan huhu

Makanan Dalam Tin


Makanan dalam tin kebiasaanya tiada bakteria. Jadi, kita boleh langgar sikit tarikh luput. Selagi tin nya masih elok (tak berkarat, tak bocor, tiada gas terperangkap dalamnya) dan di simpan dalam suhu bilik di ruangan yang gelap. Kalau kes begini, kita boleh simpan berbulan-bulan selepas tarikh Best Before (Baik Sebelum). Tapi, rasa & teksturnya mungkin tak berapa sedaplah yeh!

Semoga Bermanfaat Untuk Semua :)


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Wasiat Rasulullah SAW Kepada Abu Darda

Tiba-tiba hati tergerak nak bercerita tentang Wasiat Rasulullah SAW kepada Abu Darda dan Doa Abu Darda Agar Selamat Dari Malapetaka.

Abu Darda asalnya adalah seorang penyembah berhala yang menetap di Kota Yathrib. Isterinya di beri gelaran Ummu Darda'. Abu Darda adalah seorang peniaga terkemuka di Kota Yathrib.

Abu Darda masuk Islam dengan usaha oleh rakan karibnya yang juga seorang sahabat Nabi SAW dari golongan Ansar iaitu Abdullah ibn Rahawah. 

9 Wasiat Rasulullah SAW Kepada Abu Darda

  • "Janganlah engkau menyekutukan Allah dengan sesuatu, walaupun engkau dipotong atau dibakar"
  • "Janganlah sekali-kali engkau meninggalkan solat wajib yang lima waktu dengan sengaja kerana barang siapa yang meninggalkan solat secara sengaja akan lepas dari jaminan Allah"
  • "Jangan sekali-kali aengkau minum khamar (arak), sesungguhnya khamar (arak) adalah kunci dari semua kejahatan"
  • "Taatlah kepada kedua orang tuamu, seandai keduanya menyuruhmu mengeluarakan hartamu seluruhnya, maka keluarkanlah semua harta untuk keduanya"
  • "Jangan engkau bertentangan dengan ululamri (pemimpin) walaupun memandang bahawa engkau lebih daripadanya"
  • "Jangan engkau lari dari medan peperangan walaupun engkau binasa dan semua teman-temanmu lari"
  • 'Infakkan kelebihan hartamu kepada keluargamu"
  • "Janganlah engkau membuang rotan dari keluargamu kerana sayang hendak memukulnya. Pukullah kerana mendidik, bukan mendera"
  • "Berilah amaran kepada mereka supaya takut akan Allah SWT"
(Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, Ibnu Majah, Thabrani)

Doa Abu Darda Agar Selamat Dari Malapetaka



Semoga Bermanfaat :)

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Apa Rahsia Vitamin Shaklee Bertahan Lebih Lama?

Bab-bab rahsia mesti semua nak dengar kan, termasuk yang menulis hehe

Kepochi hihi

Sebenarnya bukanlah rahsia kenapa vitamin Shaklee bertahan lebih lama (sebab well known nama Shaklee ni kan hehe) tapi mungkin kurang diberi penerangan tentang ni

Jadi, Ani sebagai SID (Shaklee Independent Distributor) yang cantik, kiut, miut lagi berdedikasi menjalankan tugasnya sebagai SID (gitew hihi) akan pecahkan segala apa yang anda tidak tahu dan buat anda makin jatuh cinta dengan Shaklee (Wah! hehe)

Apakah Rahsianya Shaklee Bertahan Sehingga Kini?


Alam dan Shaklee
Sedap je tengok Alam kan? :)

Sebelum kita pergi lebih jauh, harus di ketahui, vitamin Shaklee pertama adalah "Vitalized Minerals" diwujudkan pada 1915. Yang korang dok panggil Vitamin Vitamin tu sebenarnya dari Vitalized Minerals lah. Singkatannya Vitamin (cer tengok ayat Vita + Min) 

Sampailah sekarang Vitamin yang very popular tu telah diberi nama lain Vita-Lea, Vita-Lea tulah multivitamin & multiminerals bertahan sehingga kini.Cuba kira beza tahun sekarang hingga 1915. (lama tak hehe nak cungkil lagi rahsia? ) stay tuned dengan LuvHaryani Ok! hihi 

P/s : Nampak tak dari dulu, hidup kita dipengaruhi dengan Vitamin, masa kecik Vitamin C kan? Macam mana kenal "Vitamin"? (pengaruh betul lah Shaklee ni hehe)

Perubatan & Saintis Shaklee


Salah satu rahsia yang Ani nak pecahkan adalah dari segi perubatan & saintis nya. Ani faham, kadang-kadang orang nak amik Vitamin Shaklee ada kata berkesan ke? ada effect long term tak? Ani bila ada soalan macam ni. Ani senyum je sebab Ani faham mereka tak faham lagi tentang apa yang Shaklee buat untuk kualiti produknya. Tugas Ani lah untuk terangkan kan! ^_^V

Ani akan jawab dengan yakinnya produk kami memang berkesan sebab kami ada bukti. Yeay! hehe (baca sampai habis taw hehe). Anda sebenarnya boleh dapati lebih 100 bahan saintifik yang 90 daripadanya diterbitkan dalam jurnal peer review yang membuktikan keberkesanan produk Shaklee yang bercetak. Dan , lebih daripada $300 juta dilaburkan (bukan rm taw, $ ) dilaburkan untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

Satu Kajian Unggul diadakan pada 2007 yang dikendalikan bekerjasama dengan penyelidik-penyelidik dari U.C Berkeley School of Public Health menunjukkan orang yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai kesihatan lebih baik daripada mereka yang ambil jenama multivitamin lain.

Shaklee sangat menjaga kualiti produknya untuk kesihatan semua :)

Shaklee Clinical Research


Nak tengok Clinical Research Study yang Shaklee dah buat?

Boleh tengok di sini : Clinical Research

Macam mana Ani tak jatuh cinta dengan company begini ~~melting

Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan & Sentiasa Mesra Alam


  • Sentiasa Selamat
Lebih daripada 80,000 ujian kualiti dijalankan setahun (setahun taw hehe) bagi memastikan ia berkesan dan tulen. TIADA Paraben, Bisfenol-A, Peluntur, Perisa Tiruan, Pewarna Tiruan, Lemak Trans dan bahan larangan lain

  • Sentiasa Berkesan
Macam Ani kata kat atas, Lebih US $300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk. Bahan-bahannya semulajadi yang paling halus dan tulen dan 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlet yang menggunakan produk Shaklee

  • Sentiasa Mesra Alam
Produknya mesra alam yang betul-betul selamat untuk kita, keluarga, rumah dan bumi . Shaklee peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yang mesra alam (jangan tak taw sampai ke botol Shaklee di kaji :D )

Pilih Vitamin Yang Terbaik Untuk Anda :)

  • Ketulenan 
Sebelum sesuatu supplement Shaklee dihasilkan, ia melalui proses kawalan penilaian industri yang amat ketat. Malah ia melebihi piaiwaan yang ditetapkan oleh United States Pharmacopeia (USP)

  • Keberkesanan
Pakar saintis Shaklee mencari sumber asli terbaik, paling tulen dan berkesan di seluruh pelusuk dunia. Tapi, sebelum tu, mereka kena peruntukkan masa yang lama secara komprehensif untuk semak bahan rujukan saintifik mengenai bahan-bahan baru dan jalankan sendiri kajian untuk sahkan kemujaraban (yelah mujarab atau tak hehe) dan keberkesanan sumber.

  • Prestasi
Pengambilan 2 kaplet OsteMatrix menghasilkan hubungan statik peningkatan paras kalsium dalam darah yang dikira dalam masa lebih 12 jam. Untuk tubuh menggunakan kalsium bagi membina dan memelihara tulang yang kuat, kalsium perlu diserap terlebih dahulu . (tengok di kaji sehabis-habisnya :) )

  • Bukti
Pengguna makanan tambahan Shaklee dalam jangka masa panjang menunjukkan mereka memiliki kesihatan lebih baik

33% tahap trigliserida lebih rendah
11% nisbah jumlah kolestrol lebih rendah berbanding kolestrol HDL
36% kandungan homosistein lebih rendah
60% kandungan protein C-reaktif yang lebih rendah

  • Handal
Dalam 1933, Shaklee bangunkan AstroAde untuk program NASA Space Shuttle. Minimum formulasi penghidratan semula yang unik ini masih digunakan oleh angkasawan-angkasawan Shuttle hingga kini.

Produk Shaklee dibuktikan dengan para atlet bertaraf dunia yang dah memenangi lebih daripada 100 pingat emas, perak dan gangsa. Dan bukti paling ketara adalah dalam 20 juta orang yang sama seperti anda telah memiliki kesihatan lebih baik, lebih produktif :)

Ada rasa dah jatuh cinta sikit dengan Shaklee atau tertarik dengan Shaklee?
Ani akan buat korang jatuh cinta dengan Shaklee hihi

p/s : Follow LuvHaryani selalu, nanti anda akan rasa cintanya sebab Ani pun buat apa yang Ani suka hehe

Semoga Bermanfaat!

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb @ Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"



Feminin dengan Flat Shoes

Siapa suka Flat Shoes?

Anda serupa dengan Ani

Yang kenal Ani mesti tawlah Ani suka gila flat shoes hehe.

Flat Shoes
Simple is better kan?
pernah tanya kawan : Ada tak kasut kahwin flat shoes?~ngee

Jenis-Jenis Flat Shoes


Loafer Shoe
Ani suka Loafer!! Argh, jatuh cinta lagi huhu

  • Loafer
Ciri kasut ni dia memiliki bahagian depan yang sedikit runcing atau kotak.Tapi, bahagian atasnya lebih panjang hingga tutup separuh kaki. Sesuai di gayakan dengan seluar panjang atau skirt. Warna yang cerah atau pastel lebih kelihatan feminin. Tapi, ia tak begitu sesuai digayakan oleh mereka yang memiliki kaki yang pendek sebab kelihatan lebih pendek lagi.





  • Ballerina Runcing
Kasut jenis ni kasut comel :) Orang ramai pilih ni kan sebab dia menonjolkan kesan elegan pada si pemakai. Hujung runcing tu mampu memberikan kesan ilusi kaki lebih panjang. Tidak di sarankan untuk mereka yang tinggi, memiliki kaki yang kurus serta berskinny jeans sebab ianya kelihatan pelik 



  • Ballerina Bulat
Ok, kenapa pilih gambar ni? Warna dia sama dengan kasut Ani masa dekat U dulu, ballerina tapi jenis kedut -kedut kat tepi, bila pakai macam biasa , cantik lah! I miss my shoe!! Bila pakai dari jauh macam tak pakai kasut :D (kenangan dulus)

Kalau kaya dengan corak kasut tu, padankan dengan busana simple dan berwarna monokrom. Tapi, disebabkan semua hujungnya bulat, sebenarnya hampir semua busana disesuai gayakan dengannya antaranya seluar jeans, panjang, gaun, skirt dan sebagainya :)

Ani rindu kasut ni! Sudah Haryani!!! 


  • Slingback Shoes
Untuk flat shoes, Ani tak minat sebab bagi Ani bila pakai flat shoes Ani nakkan kebebasan, bila belakang macam aisyh!!! (lain orang lain pandangan ;) )

Tali tu sebenarnya berfungsi untuk memperkemaskannya namun ia juga bertujuan untuk memperlihatkan kaki supaya kelihatan panjang dan seksi. Sesuai dipadankan dengan semua jenis seluar, jeans, skirt panjang dan seluar potongan pendek (Non Muslim)



  • Ankle Strap/ T-Bar/Gladiator
OK, Kasut ni cantik. Ani suka haha

Sebenarnya kasut ni mampu mencantikkan lagi bahagian kaki pemakai. Kebiasaannya kasut ni di padankan dengan skirt (cantik ayu gitu), seluar dan busana . Dari segi pilihan warna, terpulanglah nak warna pastel atau terang sebab sesetengah daripadanya sering dihiasi dengan kilauan batu yang menarik

Suka hati pilih yang mana, asalkan selesa dan kita suka. Penting muslim, tutup aurat tu sayangi ibu bapa dan suami (bagi yang dah berkahwin)

Dalam Hand Bag Mesti Ada

Herbal Blend

Krim yang tak melekit untuk kulit kasar, boleh sapu pada kaki, tangan dan sebagainya. Bertindak sebagai krim ajaib, lotion dan kalau ada kulit gatal sebab gigit nyamuk, serangga dan sebagainya sapu ni. Melecur sikit boleh sapu, Penting dari sumber yang selamat, semulajadi dan mesra alam . Keberkesanannya di jamin:)

Itu je nak bagitahu sebab Ani pun gunakannya. Saya sangat berpuas hati!  :D

Semoga Bermanfaat :)


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

" Do What You Love"

3 Cara Bersyukur Untuk Kehidupan Seharian

Seringkali kita gundah dengan masalah yang menimpa

Kadang-kadang tekanan yang datang membuatkan kita rebah

Tekanan bangun lambatlah
Tekanan dead line
Tekanan anaklah merengek pepagi

Sadis :,(

Jangan Mengeluh, Bersyukurlah!

Bersyukur dengan setiap pemberian
Kalam Allah :) (saja letak gambar ni sebab rasa tenang dengan ni : ))

Kadang-kadang tekanan ni (stress) dah macam kolestrol. Ada kolestrol jahat , ada kolestrol baik. Tekanan jahat, jangan di buat main, merundum terus, Tapi, tekanan baik, melonjak kita ke arah yang lebih baik

"Jangan hitung kesukaranmu, hitunglah kesyukuranmu"

Bukankah nikmat Allah itu sangat banyak dan sangat banyak yang Allah berikan pada kita setiap hari.

Bersyukur, Alhamdulillah :)

3 Cara Bersyukur Dalam Kehidupan Seharian :)





Celik mata, pandanglah sesuatu yang terjadi dengan sudut yang positif

Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang takkan dibiarkan apa yang jadi pada kita sesuatu yang memberatkan untuk kita

Semuanya dibawah kemampuan kita, jadi bertenanglah, bersyukurlah kerana Allah beri yang terbaik untuk ketika ini juga akan datang. Ani pasti tu ! :)

3 Cara Bersyukur Untuk Kehidupan Seharian

  • Pandang nikmat hidup kita. Jangan di pandang orang lain. Pandang & Syukur apa yang kita ada sebab sebenarnya ramai luar sana nak "ada" apa yang kita "ada". Ada yang nak jadi seperti kita, Bersyukurlah, dari sekecil-kecil pemberian sehingga sebesar-besar pemberian. Alhamdulillah :D
  • Cari makna dalam setiap pekerjaan kita. Makna kena buka kamus ke? takdelah, Tanyalah sama hati waah gitu, seperti memasak (dalam video tu :) ) Aku kemas rumah kerana apa? Nak bagi family selesa, semoga dengan kemas rumah, buat ahli keluarga balik rumah jiwa tenang. Kenapa nak bersedekah? Tanya sama hati, di situ terletaknya rasa syukur :) Alhamdulillah :)
  • Perbanyakkan kesyukuran. Catat dalam Journal Kesyukuran. Catitlah setiap hari kesyukuran dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar kesyukuran. Latih diri untuk bersyukur, In sha Allah selepas ni segala tekanan datang,, kita akan pandang kecil sebab kita tahu nikmat yang Allah beri pada kita sangat besar. Allah Sangat Bermurah Hati, Sangat Baik, Sayang kan Allah ! :D

Mulakan dengan setiap pemberian Nya dengan rasa syukur, Ingat Allah dalam setiap perkara, In sha Allah hati menjadi tenang :)

Semoga Bermanfaat

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"


Penapis Air : Get Clean Water Pitcher Shaklee


Ada yang tanya Ani, Shaklee ada jual Penapis Air ye?

Ada yang berkata pula, kenan lah dengan Penapis Air Shaklee , nak bagi suami dan anak minum air bersih tanpa guna letrik, senang bawa!

Betul lah tu! :D

Penapis Air : Get Clean Water Pitcher

Get Clean Water Pitcher
Inilah rupanya 1 set :)

Pengalaman Ani Jatuh Cinta Dengan Get Clean Water Pitcher

Memang mak Ani suka bagi anak-anaknya air yang bersih, pendek cerita dari panjang hehe dekat rumah ada 1 air tapis yang bersambung dengan paip, Kemudian Ani beli Get Clean Water Pitcher

Kemudiannya, kami buat experiment hehe, mana satu yang lagi bersih?

Sudah, sudah jangan puji produk Shaklee lagi hehe (tahukan apa jawapannya? *tiba-tiba rasa nak buat video instagram, mungkin ujikaji diulang kembali, in sha Allah Ani buat nanti, in sha Allah :) )

Kelebihan Get Clean Water Pitcher Yang Ani Suka!

Semestinya tak guna letrik!! Dan boleh di bawa ke mana-mana, nak camping, nak bercuti, nak berkelah, "Hi, Get Clean Water Pitcher boleh temankan awak" ;P (wink wink) Tak payah risau, letak je air dalam tu, pandailah dia tapis sendiri hehe Tidak kah ia menyeronokkan? Seriously! Ani suka kannya :D Jangan pandang rendah saiznya, bukan seperti gambar cenonet tu hehe , saiz dia bagi Ani besar jugak taw, bercawan-cawan cawan cawan boleh minum :)

Air Yang Lebih Bersih & Sihat Tersedia Untuk 365 Hari :)

Get Clean Water Pitcher menggunakan sebatang blok karbon padu untuk bersihkan air serta kurangkan bahan-bahan tercemar yang susah untuk disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99 % (senyum lebar sekarang hehe)

Sistem penapis jag air pertama yang menggunakan blok karbon yang boleh di isi semula. Dia ada meter kat atas taw yang bergerak sendiri, (tanpa letrik) bila dah sampai maximum, tukar blok karbon baru :). Get Clean Water Pitcher berupaya menapis 303 liter bersamaan 80 gelen air bagi setiap turasan :D

Air yang lebih bersih dan sihat atau BUMI yang lebih bersih dan sihat?

Mestilah kedua-duanya kan! :D

Get Clean Water Pitcher Pilihan Yang Bijak!

  • Hanya beberapa sen bagi seliter air
  • Air yang lebih sihat dan rasa yang enak (seriously! Ani dah buat eksperimen kan hehe sedap je kat tekak)
  • Jag air bermeter automatik pertama yang tunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras bermaksud taak memerlukan kuasa elektrik (senyum , tak terlibat sebarang bil yeh hihi)
  • Ringan dan mudah di bawa
  • Menjimatkan kos - tanpa perlu dimasak

The Shaklee Difference : Get Water Pitcher Shaklee

Fakta Penapis Air Shaklee : Get Water Pitcher Shaklee


Orang selalu anggap penapis air selalu beribu-ribu, percayalah Penapis Air Get Clean Water Pitcher Shaklee RM 460.00 untuk 1 set membawa keriangan untuk seisi keluarga :D

Air Lebih Bersih Untuk Seisi Keluarga, Penjimatan Pula Lebih Berganda


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb @ Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Resepi Nasi Hujan Panas

Ani kenal Nasi Hujan Panas masa belajar dekat Johor lah!

Pasar Malam setiap hari selasa, tak nasi tomato, nasi ayam, nasi hujan panas 

Itu je dok pusing-pusing hehe (yelah student, lagi ada pasar malam, terus cop dalam kepala hari selasa hari makanan sedap)

Kerlasss sangat ko Haryani hehe, 

Resepi Nasi Hujan Panas

Nasi Hujan Panas


Bahan-Bahannya Adalah :

  • 3 cawan beras Basmathi (rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar butter
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • Pewarna merah, hijau dan kuning telur
  • 10gm bawang goreng
  • Garam secukup rasa

Rempah Tumis

  • 1 kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji cengkih
  • 3 biji pelaga
  • 1 helai daun pandan untuk di simpul

Bahan ni boleh digoreng tanpa minyak atau bakar 
  • 10gm badam
  • 10 gm kismis
  • 10gm gajus

Bahan Kisar

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inc halia

Cara-Caranya Adalah :

  • Panaskan minyak sapi dan butter
  • Tumis bahan tumis juga daun pandan di simpul hingga naik bau yang harum
  • Masukkan bahan kisar dan masak sampai terbit minyak
  • Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
  • Kacau rata kemudian masukkan nasi
  • Selepas itu, masukkan badam, gajus dan kismis (gaul rata)
  • Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
  • Bila nasi dah masak, ambil chopstick dan lubang-lubangkan
  • Masukkan sedikit pewarna di setiap lubang
  • Tutup semula periuk nasi dan biarkan ianya meresap sebentar
  • Kemudian, gemburkan nasi rata
  • Sedia untuk di hidang :)

Jangan Lupa Baca Bismillah, Moga Bermanfaat :)

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

" Do What You Love"

Umur & Kesihatan, Adakah Ianya Selari?

Ani fikir lama untuk terangkan benda ni,

Ilmu yang kita dapat kita perlu kongsi kan?

Mana taw ianya bermanfaat untuk semua

Ikut cakap Guru hehe :)

Usia & Kesihatan
seronok kan tengok begini?

Umur VS Kesihatan VS EPF


Tiba-tiba relate dengan EPF kan? hehe

Alhamdulillah, EPF kekal dengan usia 55 tahun (Ani pun lega sebenarnya) sebab bagi Ani ianya berkait rapat faktor umur juga kesihatan

Macam-macam feedback kita dengar, yang pasti masing-masing ada reason tersendiri. Bagi Ani 55 sedang elok untuk pengeluaran Akaun 1 :)

Ani tekankan lagi, masing-masing ada sebab sendiri

Orang Dulu-Dulu Tak Sama Dengan Orang Sekarang


Yes! Kalau di tengok dari segi umur dan kesihatan.

Harus di fahami konsepnya, "umur kita makin lama makin panjang, tapi kualiti kesihatan kita lama makin menurun"

Kita tengok satu persatu

Jika dahulu, contoh tahun 1950 an kita tengok Orang Dulu-Dulu kualiti hidup mereka, mereka ambil makanan bersumberkan semulajadi bercucuk tanam dan sebagainya, mereka mengamalkan kualiti hidup yang sihat. Kesihatan dan Umur mereka digunakan selari. Sebagai contoh pada usia 68 tahun dia sudah sakit, 70 tahun meninggal. Kesihatannya terganggu tak lama which is 2 tahun sahaja compare dengan Orang Sekarang.

Orang Sekarang jika kita tengok usia muda tak menjamin yang mereka betul-betul dalam keadaan sihat, common usia 40-50 tahun dah masuk hospital sedangkan hayatnya masih panjang. Fahamkan di sini, kualiti kesihatan juga usia tidak selari. Tempoh menanggung sakit itu lebih lama berbanding orang-orang dahulu.

Di sinilah perbezaan Life Span & Health Span. Kehidupan usia kita, tempoh semasa kita sihat dan semasa tidak sihat . Kita bantu diri untuk corak kualiti hidup kita .

Di Sinilah Peranan Shaklee & Shaklee Independent Distributor


Misi Shaklee adalah untuk memberikan kehidupan yang lebih sihat kepada setiap insan dan kehidupan yang lebih baik kepada sesiapa sahaja.

Bagaimana?
Dengan membantu dalam penjagaan kesihatan dari bahan yang selamat, semulajadi dan mesra alam

Petikan dari kata-kata Dr Shaklee

"Recognize that you are a product of nature and that your very existence depends upon other products of nature"

"Memandangkan manusia adalah sebahagian daripada isi alam, sudah tentulah kewujuan kita juga amat bergantung kepada produk berasaskan alam semulajadi"

Semoga Bermanfaat! :)


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Ibu Hamil Kuat Naik Flight & Panjat Candi Borobudur

Selalu bila nampak Ibu Hamil pasti Ani rasa mesti berat atau penat kan dengan aktiviti seharian lagi kan? (Ani rasa huhu)

Tapi bila ada Ibu Hamil berjalan dan panjat Candi Borobodur, 

Ha, bagi Ani, ini adalah suatu yang menarik!

Adakah ini benar? 

Ibu Hamil 7 Bulan Naik Flight & Panjat Candi Borobodur




Inilah Puan Ainul, Ibu Hamil 7 bulan yang sempat bercuti bersama rakan dan panjat Candi Borobodur

Orang kata Ibu Hamil 7 bulan ni nak buat sesuatu tak larat..

Tapi, Puan Ainul, boleh panjat Candi Borobodur. Bestnya lagi adalah dia sampai dulu ke atas compare dengan rakan lain yang tak pregnant! :D

Nampak gembira dan cergasnya Puan Ainul bercuti di sana.

Rasa macam takde pape je, relaks je kan happy-happy..(Seriously, jelez taw tengok dia ;P)

Apa Yang Pn Ainul Ambil Ketika Hamil Nampak Cergas Je?


Puan Ainul ambil dua supplement ni yang bagi Ani sangat penting untuk Ibu Hamil. Supplement yang di ambil adalah B Complex juga OsteMatrix

B-Complex untuk Ibu Hamil

B Complex bantu dalam memberi tenaga, membantu melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang serta membantu menghalang ibu dari risiko kanser dan strok

OsteMatrix untuk Ibu Hamil

OsteMatrix membantu memberikan sumber kalsium bagi Ibu Hamil, membantu pertumbuhan tulang dan gigi sihat bagi bayi dan ibu serta bantu elakkan kekejangan

Tiada halangan walaupun semasa hamil.


 Kekal Cergas Sepanjang Kehamilan :)


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Kelebihan Selawat Kepada Nabi Muhammad SAW

Kita selalu dianjurkan untuk berselawat ke atas Nabi SAW

Malah bila kita banyak berselawat, ianya mengingatkan kita kepada Nabi SAW

Alhamdulillah, kita insan terpilih untuk menjadi umat Nabi Muhamamd SAW

Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW

Selawat Ke Atas Nabi SAW



Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab : 56

"Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya berselawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya"

Hadis : Berselawat Ke Atas Rasulullah SAW

  • Rasulullah SAW bersabda :
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada ia mencintai anaknya, ibu bapanya dan manusia semuanya" 
(Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah)

  • Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi SAW"
(Hadis Riwayat Ad-Dailami)

  • Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku"
(Hadis Riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Hibban)

  • Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat"
(Hadis Riwayat Thabarani)

  • Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya"
(Hadis Riwayat Ahmad, Nasa'i dan Al-Hakim)

10 Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW Mengikut Kitab Ibnu Farhun Al-Qurthubi

  • Memperolehi selawat dari Tuhan Penguasa Alam
  • Memperolehi syafaat Nabi Muhammad SAW
  • Mendapat pimpinan daripada malaikat yang baik-baik
  • Menghapuskan dosa
  • Mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup
  • Mempunyai pembeza dengan orang munafikdan kafir
  • Memperolehi nur lahir dan batin
  • Mendapat keselamatan daripada azab neraka
  • Membolehkan memasuki syurga
  • Memperolehi ucap selamat dari Allah


Kelebihan Berselawat

Mengikut para ulama berdasarkan keterangan hadis, membaca selawat ke atas Nabi SAW akan memperoleh kelebihan yang amat besar, di antaranya adalah :
  • Memperolehi limpah rahmat dari Allah
  • Ditulis sepuluh kebajikan
  • Dihapuskan sepuluh kesalahan
  • Diangkat sepuluh darjat
  • Memperoleh kesempurnaan iman
  • Menjauhi daripada kerugian dan penyesalan
  • Tergolong sebagai orang-orang yang soleh
  • Mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • Memperolehi syafaat Nabi SAW
  • Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi SAW
  • Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki
  • Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa
  • Menghapuskan dosa dan menutup aib
  • Terselamat daripaada kebingungan hari kiamat
  • Terhidar daripada kefakiran


Jom Memuliakan Rasulullah SAW dengan berselawat :)

Semoga Bermanfaat

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Senggugut Teruk Rasa Nak Patah Pinggang!

Pernah rasa macam ni?

Lelaki of course takkan! Wanita @ Perempuan yang mengalami senggugut

Pasti arif rasa sakitnya bagaimana

Senggugut Sangat Menyesakkan!

Sakitnya Senggugut

Tengok, bukan sahaja sakit rasa nak marah pun ada, 

Silap hari bulan menangis kat atas katil, pusing sana pusing sini tidur untuk redakan kesakitan

Masalah Senggugut & Apa Yang Puan Ini Lakukan



Betul, bila senggugut memang satu kerja pun tak boleh buat.

Ani pernah masa sekolah dulu fuh, berguling-guling menahan sakit

Ada kawan setiap bulan MC sebab masalah ni

Takdir Allah, Puan ini juga mengalami senggugut. Memang sakit, Nak patah pinggang rasanya

Tapi, Puan ni ikhtiar ambil B-Complex dan Ostematrix, 

Alhamdulillah, setengah jam kemudian beransur baik :)

Ini bukannya pil ubat yang akan beri kesan pada jangka masa panjang, ini adalah supplement dari bahan selamat dan semulajadi . Tak perlu risau wah giteww hehe

B-Complex & OsteMatrix

B-Complex

B-Complex lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Kekurangan Vitamin B meningkatkan paras estrogen dan kesan PMS

OsteMatrix

OsteMatrix bekalan kalsium tambahan membantu menolong mengurangkan simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, mudah meradang juga kemurungan

Jom Atasi Senggugut!

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"


Masih Ingatkah Peribahasa Melayu?

Kisahnya bermula apabila duduk mencari nafas, terlihat buku ni

Bukanlah buku yang harganya mahal ke apa, nilainya dulu RM3.80

Tapi intinya yang sangat berharga :)

Godek Peribahasa Melayu


Peribahasa Melayu

Memang mama amanah jaga elok-elok sampai sekarang,, Alhamdulillah elok lagi :)

Tulisan 1999 tu, main soal bersama rakan

Adakah sebab ni Ani masih ingat peribahasa lama?

Antara faktornya mungkin :)

15 Peribahasa Melayu Untuk Pelajar

  • Ada angin ada pohonnya
Segala hal ada mulanya dan sebabnya

  • Ada hujan, ada panas, ada hari boleh balas
Selalu ada kesempatan untuk membalas dendam

  • Adat muda menanggung rindu
Orang muda biasa menanggung rindu

  • Alang-alang mandi biarlah basah
Membuat sesuatu pekerjaan biarlah sampai habis

  • Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya
Pihak lawan yang lebih kuat dan bersenjata jangan diberi peluang mencederakan kamu

  • Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras
Orang yang selalu mencari atau memilih orang yang setaraf atau sepangkat

  • Api makan sekam
Perbuatan jahat yang tidak nampak atau diketahui

  • Aur ditanam, betung tumbuh
Mendapat untung yang banyak

  • Air susu dibalas dengan tuba
Budi baik dibalas dengan kejahatan

  • Ayam bertelur atas padi mati kelaparan, itik berenang dalam air mati kehausan
Orang yang menderita kesusahan di dalam negerinya yang mewah dan makmur

  • Bagai ayam disambar helang
Orang yang mati secara tiba-tiba atau mengejut

  • Bagai getah di lalang
Percakapan yang tidak tentu arah

  • Bagai itik pulang petang
Berjalan dengan lambat

  • Bagai isi dengan kuku
Persahabatan dua orang yang sangat baik

  • Bagai mendapat durian yang runtuh
Tidak disangka-sangka mendapat untung yang banyak


Peribahasa Melayu sangat mahal sebab melambangkan identiti Melayu yang suka berkias. Jangan dilupa warisan kita

Semoga Bermanfaat


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Promosi Shaklee Januari 2018

Tak terlambat rasanya nak bagitahu Promo Januari 2018 Andai pergi home office Shaklee, akan tersenarai vitamin ni antara 10 favourites ...