Monday 27 April 2015

Feminin dengan Flat Shoes

Siapa suka Flat Shoes?

Anda serupa dengan Ani

Yang kenal Ani mesti tawlah Ani suka gila flat shoes hehe.

Flat Shoes
Simple is better kan?
pernah tanya kawan : Ada tak kasut kahwin flat shoes?~ngee

Jenis-Jenis Flat Shoes


Loafer Shoe
Ani suka Loafer!! Argh, jatuh cinta lagi huhu

  • Loafer
Ciri kasut ni dia memiliki bahagian depan yang sedikit runcing atau kotak.Tapi, bahagian atasnya lebih panjang hingga tutup separuh kaki. Sesuai di gayakan dengan seluar panjang atau skirt. Warna yang cerah atau pastel lebih kelihatan feminin. Tapi, ia tak begitu sesuai digayakan oleh mereka yang memiliki kaki yang pendek sebab kelihatan lebih pendek lagi.





  • Ballerina Runcing
Kasut jenis ni kasut comel :) Orang ramai pilih ni kan sebab dia menonjolkan kesan elegan pada si pemakai. Hujung runcing tu mampu memberikan kesan ilusi kaki lebih panjang. Tidak di sarankan untuk mereka yang tinggi, memiliki kaki yang kurus serta berskinny jeans sebab ianya kelihatan pelik 



  • Ballerina Bulat
Ok, kenapa pilih gambar ni? Warna dia sama dengan kasut Ani masa dekat U dulu, ballerina tapi jenis kedut -kedut kat tepi, bila pakai macam biasa , cantik lah! I miss my shoe!! Bila pakai dari jauh macam tak pakai kasut :D (kenangan dulus)

Kalau kaya dengan corak kasut tu, padankan dengan busana simple dan berwarna monokrom. Tapi, disebabkan semua hujungnya bulat, sebenarnya hampir semua busana disesuai gayakan dengannya antaranya seluar jeans, panjang, gaun, skirt dan sebagainya :)

Ani rindu kasut ni! Sudah Haryani!!! 


  • Slingback Shoes
Untuk flat shoes, Ani tak minat sebab bagi Ani bila pakai flat shoes Ani nakkan kebebasan, bila belakang macam aisyh!!! (lain orang lain pandangan ;) )

Tali tu sebenarnya berfungsi untuk memperkemaskannya namun ia juga bertujuan untuk memperlihatkan kaki supaya kelihatan panjang dan seksi. Sesuai dipadankan dengan semua jenis seluar, jeans, skirt panjang dan seluar potongan pendek (Non Muslim)



  • Ankle Strap/ T-Bar/Gladiator
OK, Kasut ni cantik. Ani suka haha

Sebenarnya kasut ni mampu mencantikkan lagi bahagian kaki pemakai. Kebiasaannya kasut ni di padankan dengan skirt (cantik ayu gitu), seluar dan busana . Dari segi pilihan warna, terpulanglah nak warna pastel atau terang sebab sesetengah daripadanya sering dihiasi dengan kilauan batu yang menarik

Suka hati pilih yang mana, asalkan selesa dan kita suka. Penting muslim, tutup aurat tu sayangi ibu bapa dan suami (bagi yang dah berkahwin)

Dalam Hand Bag Mesti Ada

Herbal Blend

Krim yang tak melekit untuk kulit kasar, boleh sapu pada kaki, tangan dan sebagainya. Bertindak sebagai krim ajaib, lotion dan kalau ada kulit gatal sebab gigit nyamuk, serangga dan sebagainya sapu ni. Melecur sikit boleh sapu, Penting dari sumber yang selamat, semulajadi dan mesra alam . Keberkesanannya di jamin:)

Itu je nak bagitahu sebab Ani pun gunakannya. Saya sangat berpuas hati!  :D

Semoga Bermanfaat :)


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

" Do What You Love"

2 comments:

  1. memang suka tengok pempuan pakai kasut macam ni..simple aje..but interesting..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha,ok dah taw, wife PK pakai flat shoes jugak kan hehe :D

      Delete

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...