Tuesday 12 May 2015

10 Kelebihan Bersedekah


Sedekah sesuatu yang ajaib

Ia menyenangkan hati pemberi dan menyenangkan juga hati si penerima

Dalam Al-Quran, ada cerita tentang sedekah :

" Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi sesiapa Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui" (Surah Al-Baqarah, 261)

The Power of Sedekah 

Sedekah

The Power of Sedekah yang Ani perasan dari dulu hingga kini  adalah Ani tak pernah nampak orang yang bersedekah muflis. Makin tengok orang suka dia ada :)

Bersesuaian dengan hadis

"Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan di angkat darjatnya.

Kepentingan Bersedekah




10 Kelebihan Bersedekah

  • Sedekah dapat membantu daripada terkena bencana. Sabda Nabi SAW "Sesungguhnya sedekah dapat menolak 70 bencana"
  • Sedekah merupakan ubat kepada penyakit kepada tubuh. Nabi SAW bersabda " Ubatilah penyakitmu dengan bersedekah"
  • Sedekah sebagai benteng untuk diri kita. Nabi SAW menerangkan "Bentengilah harta bendamu dengan bersedekah"
  • Sedekah sebagai pemadam kemurkaan Allah. Nabi SAW berwasiat , "sedekah dapat menutup kemurkaan Allah"
  • Sedekah menambah keakraban sesama muslim. Rasul mengingatkan "sedekah adalah hadiah. Maka, berikanlah hadiah kepada teman pergaulanmu dan berkasih sayanglah kalian dengan saling memberi sedekah"
  • Sedekah mampu menanam rasa belas kasihan di dalam hati. Nabi SAW berpesan, " Barangsiapa mendapat kesedihan di dalam hati, maka berikanlah sedekah"
  • Sedekah dapat menambah umur. Nabi SAW "Sedekah dapat menambah keberkatan umur"
  •  Sedekah sebagai syafaat kelak di akhirat. Nabi SAW menjelaskan bahawa, "Sesungguhnya yang akan menaungi orang mukmin pada Hari Kiamat kelak adalah bersedekah"
  • Di dalam sebuah atsar, disebutkan, 'Barangsiapa bersedekah dengan sebiji tamar, kelak di Hari Kiamat dia akan mendapat pahala sebesar gunung yang berada di atas timbangan amalnya"
  • Sedekah sebagai wasilah menambah rezeki. Nabi SAW berkata, " Tidak akan berkurang harta yang disedekahkan. bahkan akan bertambah, akan bertambah. ' Ali bin Ali Thalib berkata "Pancinglah rezeki dengan bersedekah".

Semoga Bermanfaat, in sha Allah :D


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

4 comments:

  1. Yup..kalau nak senang hari esok, sedekah la banyak2..kan? Terima kasih diatas peringatan yang diberikan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sedekah harta kita untuk di sana :)

      Delete
  2. InsyaAllah,...
    asalkan niat ikhlas..demi ALLAH =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, latih diri tunduk sujud pada Dia, betul kerana Allah :D

      Delete

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...