Friday 26 June 2015

Untuk Wanita, Info Kursus Pengendalian Makanan


Entri ni khas untuk mereka yang telah berumahtangga dan persediaan untuk berumah tangga

Wah Giteww!

Jujur, ada yang dulu Ani salah buat , 

Tapi bila dah taw tatacara pengendalian makanan dengan sebetulnya, maka Ani  pun kena betulkan.

Jom kita tengok satu-persatu :)

Untuk Wanita, Info Kursus Pengendalian Makanan


Info Pengendalian Makanan

  • Sayuran yang dimakan mentah seperti taugeh, daun kesum, daun serai wangi dan lain-lain yang dibuat ulam yang tidak di masak, perlu di rendam dengan air garam terlebih dahulu untuk mengelakkan jangkitan virus E.Coli.
  • Petua membeli ayam segar adalah beli ayam pada waktu pagi kerana bakteria pada ayam masih sedikit ketika itu. Jika beli pada waktu tengah hari, pastikan balik ke rumah terus cuci dan masukkan terus ke dalam peti sejuk beku sebelum di masak. Masak ayam dengan sempurna, kalau tak cukup masak, bakteria tidak mati dan ianya akan aktif semula apabila makanan  menjadi sejuk.
  • Elakkan letak senduk nasi ke dalam periuk kerana pemegang senduk mungkin ada bakteria dari peluh di tangan kita.
  • Elakkan telur separuh masak sebab mengandungi banyak bakteria yang boleh menyebabkan demam panas dan kekejangan otot. Pastikan telur dibasuh sebelum digunakan.
  • Makanan sejuk beku seperti nugget ayam, daging burger perlu digoreng terus selepas dikeluarkan dari peti sejuk beku. Jangan biarkan makanan berada pada suhu bilik kerana ia mengundang bakteria. Pastikan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
  • Pastikan tukang masak (either kita sendiri atau pembantu rumah)apabila memasak bersih. Sebab 95% penyakit berjangkit dalam rumah berpunca daripada tukang masak . Atas sebab itulah, orang berniaga kena amik suntikan vaksin untuk elak dijangkiti penyakit dan tersebar kepada orang lain.
  • Pastikan makanan dan minuman dalam tin di basuh dahulu sebelum digunakan untuk mengelakkan kencing tikus.
  • Pastikan makanan yang dibungkus dengan polisterin perlu dilapikkan dengan plastik untuk  mengelakkan  pengaktifan sel-sel kanser yang terdapat pada polisterin.


Semoga Bermanfaat Kepada Semua!


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

No comments:

Post a Comment

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...