Thursday 13 August 2015

Rahsia Ani Untuk Kekal Cantik & Cergas Sepanjang Hari

Sebenarnya entri ni terhasil daripada pertanyaan gambar di bawah hoho

Alhamdulillah atas kurnia Nya, segala pujian Ani pulang pada Pencipta

Itu tempat sebetulnya kan? :)

Rahsia Ani Cantik & Cergas? Ianya Bukan Rahsia :)


Rahsia Ani CAntik & Cergas

Sebelum Ani pergi jauh, biar Ani mengaku, gambar ni Ani pakai make up ha hihi, nampak tak celak tu, lipstick tu.. 

Katanya perempuan, harus make up kan bila ada programnya kan! :), Sebenarnya, Ani pakai Balancing Moisturizer Enfuselle Shaklee, Bedak Silky Girl , celak Maybelline dan lipstick RM10 Powdery Matte Kiss Proof tu (wanita mesti tahu kan hehe? itu jelah hehe) Itulah kisahnya huhu

Tapi yang membuatkan Ani tulis entri ni adalah Ani tahu ada yang nak tahu lebih dalam bukan sekadar make up kan :D

Rahsia Ani Untuk Cantik & Cergas Sepanjang Hari


  • Tak Tidur Selepas Subuh
Ani pernah buat eksperimen dekat diri sendiri. Bila tidur selepas subuh, badan jadi lemau berbanding hari-hari yang tak tidur selepas subuh walaupun sekejap. Pendek kata , tidur selepas subuh Ani rasa macam. "kenapa malas satu hari ni?" huhu . 

Jangan tidur lepas subuh!

  • Ambil Breakfast 
Ani macam chipsmore kan! kejap ada kejap takde hehe. Sebab Ani suka bergerak , kalau Ani tak ambil breakfast, Ani akan cepat penat. dalam pukul 10 lebih mesti perut menyanyi kalau tak breakfast. Ani akan pastikan Ani ambil breakfast walaupun sedikit.

  • Ambil Supplement
Supplement yang Ani ambil setiap hari yang Ani nak dia ada juga adalah Vitamin C, Vitamin E , B Complex :) Dulu Ani add on GLA Complex sekali untuk pms, Alhamdulillah bila period dah ok, tiada senggugut. Ani kekalkan konsisten ambil 3 Vitamin tu :D

  • Tidur masa sepatutnya
Ani pernah tidur lambat waktu 2-3-4 pagi, mungkin sesetengah orang dia ok Untuk Ani, Ani tak boleh! Sebab mata Ani tak boleh tidur pagi pukul 9-10 pagi , nak balas balik tak boleh huhu atau kalau Ani buat jugak, Ani lemau taw pagi tu, Ani rasa kepala Ani weng weng huhu

  • Minum Air Secukupnya 
Minum air masak banyak. Air masak membantu untuk cantik dan sihat. Dekat rumah, senang nak top up air, tapi kalau kerja dulu dekat office, memang Ani ready botol air yang Tupperware besar tu. Itulah kadar Ani minum :)

  • Dhuha
Nak dipermudahkan segala urusan. Dhuha lah jawapannya. 

Satu cerita yang Ani nak kongsikan dengan semua, sebenarnya Ani kena paksa dengan Mama untuk buat dhuha masa zaman belajar dekat U dulu.huhu

Ani, bila kena paksa. Ani buat endah tak endah, orang kata buat tapi bukan sepenuh jiwa. Sekadar buat ,buatlah huhu tapi nak jadi cerita,  Ani dah lambat nak keluar rumah nak pergi Puduraya (masa tu Puduraya lagi, nak naik bas ekspress balik U), Di sebabkan keluar lambat, kenalah marah ye tak? hihi elok-elok biasa naik lrt ke Puduraya, kali ni Mama hantar, best lah kan? hehe 

Tapi bestnya lagi adalah dari Taman Melati ke Puduraya, lampu isyarat semua HIJAU!! Ini bukan cerita rekaan, ini betul-betul kejadian. Elok-elok kena tazkirah, Ani dengan Mama boleh terdiam, nampak Magic depan mata. Best!! , Ani siap boleh beli makanan lagi nak makan dalam bas. Kalau ikut logik akal memang tak sempatlah nak beli makanan huhu

Di situlah permulaan Ani buat Dhuha. Bayangkan Ani buat secara paksa, Allah tunjuk kuasa Dia

Selepas kejadian tu, terus Ani stick dengan Dhuha :)

Vitamin Shaklee Yang Ani Amalkan Secara Konsisten Untuk Kekal Cantik & Cergas!


video : SuperMom

Semoga Bermanfaat! :D


Nak Ambil Vitamin Yang Sama Dengan Ani? Cepat call@whatsapp Ani 014-7222642 sekarang juga.


Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. Kehadiran Anda amat di alukan.

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"


6 comments:

  1. Assalamualaikum Ani & salam ziarah,

    Di samping tips kecantikan yg Ani kongsi, kecantikan dalaman juga penting kannn.. Sentiasa positive.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, betul. Think positive. Allah kana ada :D

      Delete
  2. tidur selepas subuh tu memang sangat tak elok
    banyak kerja tergendala nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Teh Ramuan, malas tu akan banyak dari rajin hoho

      Delete
  3. patutulah memang manis orangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ema pun apa kurangnya, cantik orangnya :D

      Delete

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...