Personaliti Si Pencinta Kucing


Siapa sini suka kucing? Kita sama

Kucing ni dah macam keluarga, alat permainan pun ada jugak!

Pastinya kucing haiwan peliharaan Nabi kan?

Kisah Hidup Ani & Kucing


Kisah nya bermula apabila Abah ambil kucing bawah yang sering kelaparan, bawa balik rumah dan makan. Sehinggalah telah beranak pinak huhu

Kucing kami, kami lepaskan. Siap ada pintu untuk kucing masuk ke dalam rumah :) Pandailah nak balik, nak makan, nak membuang, nak bermain dan nak keluar :)

Sekarang, jom tengok satu-persatu Personaliti Si Pencinta Kucing

Ani dapat dari bahan bacaan, sama-sama kita baca dan belek satu persatu :)

Personaliti Si Pencinta Kucing



Personaliti Si Pencinta Kucing

  • Bijak
Daripada satu survey,  mengatakan bahawa pemilik kucing lebih cerdas daripada mereka yang memiliki anjing. Kesimpulannya berdasarkan skor yang diambil daripada sebuah kajian yang telah dilakukan kepada kedua pemilik haiwan. Para pengkaji menyatakan yang  orang cerdas akan bekerja lebih lama dan disebabkan itu kucing adalah pilihan tepat untuk para intelektual yang sibuk.

  • Pemilik Kucing Sifatnya Lebih Tertutup & Sensitif
Denise Guastello, seorang professor psikologi daripada Unversity Caroll, Waukesha, Wisconsin mengatakan Orang yang suka kucing ini lebih sensitif dan tertutup sebab mereka lebih memilih berada rumah untuk membaca buku, dan kucing tidak memerlukan untuk di bawa keluar sepanjang masa, ia akan menemani tuannya di rumah.

  • Cenderung Bijaksana & Terbuka Dalam Menerima Pendapat
Sama ada iamirip dengan binatang kesayangan, para pemilik kucing  tidak terlalu suka mengikut aturan dan cenderung untuk berfikiran lebih terbuka.

  • Pemilik Kucing Lebih Cepat Bangkit Dari Jatuh
Kucing berperanan sebagai terapi selama mana pemiliknya mengalami masalah dan masa-masa sukar. Apabila pemilik kucing berada dalam keadaan tertekan, belai mereka, ia terapi untuk membantu mengurangkan tekanan dan kembali bangkit. 

  • Buat Lelaki, Anda Menarik Perhatian :)

Kajian di Inggeris membuktikan 90% wanita lebih memilih pemilik lelaki kucing. Para wanita beranggapan bahawa lelaki yang memiliki kucing lebih sensitif dan bijak dan mampu mengambil komitmen. 


Video Kucing Yang Menghiburkan




Semoga Bermanfaat! :)



Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda



Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?


Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

7 Mitos Unik & Fakta Yang Betul Tentang Buah-Buahan

Siapa suka buah A tapi tak nak makan sebab mitos kata B

Haru kan? Ani pernah mengalaminya

Tak taw usikan tak nak kasi Ani habiskan atau memang mitos yang mereka percaya

Hmmm.... senyum sikit ~ngee :D

Buah-Buahan & Kisah Dongengnya


Buah-Buahan & Kisah Dongengnya
Adakah buah-buahan kegemaran anda termasuk sekali dalam mitos masyarakat? :)

Jom kita tengok satu-satu :D

Mitos & Fakta Tentang Buah-Buahan


  • Jambu Batu
Mitos : Makan buah jambu batu yang berbiji  menyebabkan penyakit usus buntu (sembelit)

Fakta : Salah. Sebenarnya ,penyakit usus adalah disebabkan oleh bakteria patogen yang kena pada usus besar. Biji buah jambu tidak akan menyekat pada usus kerana ia akan turut keluar ketika pembuangan air besar.

  • Nanas
Mitos : Wanita hamil berisiko mengalami keguguran jika makan buah nanas

Fakta : Salah. Tidak ada bukti ilmiah tentang hal ini. Nanas mengandungi enzim bromelain yang dapat mencerna protein dalam makanan agar lebih mudah di serap tubuh juga boleh mengurangkan kolestrol dalam darah, diabetis dan penyakit jantung

  • Timun
Mitos : Makan timun penyebab kepada keputihan :)

Fakta : Salah. Tidak ada kandungan dalam timun yang menyebabkan keputihan. Keputihan terjadi kerana keadaan vagina yang lembap dan sikap malas untuk menggantikan seluar dalam sehingga wujudnya bakteria yang menyebabkan keputihan berbau. Keputihan tidak akan berbau jika  tidak berada dalam keadaan tertekan.

  • Betik
Mitos : Betik dapat membesarkan payudara, betul ke?

Fakta : Sebenarnya Betik kaya dengan Vitamin A, C dan kalium. Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrient yang terdapat dalam sebiji buah betik membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.

  • Buah Salak
Mitos : Makan Buah Salak boleh menyebabkan sembelit sebab tidak berserat

Fakta : Salah.Buah Salak sebenarnya mempunyai jumlah serat yang banyak jika salak dimakan dengan kulit arinya.

  • Limau Nipis
Mitos 1 : Air perahan limau nipis yang dicampurkan dengan madu boleh menyembuhkan batuk.

Fakta 1 : Betul.Limau nipis mempunyai rasa masam yang dapat mematikan bakteria penyebab kepada batuk. Kicap hanya bertindak sebagai pengimbang rasa

Mitos 2 : Perahan air limau nipis pada makanan berkuah (santan) dapat menghindarikan diri daripada kolestrol dan dapat kurangkan berat badan

Fakta 2 : Setuju. Air limau nipis terbukti dapat memecahkan lemak dan mudah dilarutkan oleh air saat berada dalam pencernaan,

  • Durian
Mitos : Makan buah durian disertai dengan minuman soda dapat mengganggu pencernaan

Fakta : Betul. Durian matang mempunyai kandungan alkohol yang sangat tinggi. Jika di tambah dengan zat berkarbonat daripada minuman bersoda dan makan durian, ia akan membuatkan perut berasa panas.

sumber : Dara

Jom Tengok Video Set Umrah Vitamin Shaklee


Semoga Bermanfaat! :)



Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda



Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID :1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do What You Love"


Penjimatan Pembelian Vivix Bulan 12/2017

Bulan 12 ni promo Vivix Tapi bagaimana penjimatan pembelian Vivix boleh berlaku? Begini caranya :) Penjimatan Pembelian Vivix ...