Thursday 28 April 2016

Tips Awet Muda & Kekal Cantik

Manusia sifatnya sukakan pada kecantikan.

Baik lelaki dan perempuan

Tetapi, seiring dengan usia perubahan akan tetap berlaku.

Tips Awet Muda & Kekal Cantik :)


Tips Awet Muda & Kekal Cantik

  • Cuci Muka Waktu Malam
Kebiasaanya, pagi hingga petang pakai make up semasa bekerja, pergi balik terpaksa tempuh radikal bebas, asap, kotoran, minyak dan sebagainya. Jadi, perlu cuci muka sebelum tidur. Pakai make up remover untuk menanggalkan bekas make up. Dengan cara ini, pori-pori wajah tidak tersumbat dan jerawat dapat dicegah.

  • Pengambilan toner
Toner boleh membantu bagi menghilangkan minyak serta kotoran yang terdapat pada kulit wajah. Ia juga dapat membantu menutup pori-pori kulit, sehingga kulit tampak lebih bersih, segar dan terhindar daripada penyumbatan yang menyebabkan timbulnya jerawat. Letakkan beberapa titis toner ke atas kapas, sapu perlahan kapas tersebut pada wajah.

  • Gunakan scrub
Kebiasaannya,  jenis kulit kering akan lebih cepat menua. Gunakan scrub untuk menanggalkan kulit-kulit kering yang telah mati. Boleh juga buat scrub menggunakan madu dan gula. Bilas dengan air suam.

  • Lindung kulit dari sinar matahari
Asasnya, sinar matahari memang diperlukan untuk kulit. Tetapi, apabila berlebihan ia membuatkan proses penuaan bergerak dengan lebih cepat. Jangan lupa guna sunblock apabila menjalani aktiviti luar atau bekerja outdoor.

  • Jangan sentuh jerawat
Jerawat akan lebih cepat merebak apabila anda menyentuh jerawat yang ada pada wajah. Ia boleh menjadi semakin teruk apabila bercambah dan timbul berulang di tempat sama. So, jangan sesekali sentuh ok!

  • Minum air secukupnya
Kurangnya minum air masak akan menyebabkan dehidrasi. Kulit juga boleh menjadi semakin kering dan timbul masalah lain termasuklah peningkatkan risiko penuaan diri.Oleh sebab itu, konsisten dalam pengambilan  air putih setiap hari 3 litre. Air putih bermanfaat untuk mengeluarkan racun dari tubuh.

Cantik Dengan Vivix Shaklee


Vivix membantu untuk kekal cantik dan awet muda dengan cara melindungi sel atau DNA daripada rosak.

Vivix bantu memanjangkan telomers untuk kekal awet muda dan kekal cantik

Vivix cantik awet muda tanpa krim

Testimoni Vivix Untuk Bantu Kekal Cantik & Awet Muda


Rahsia kecantikan Rita Rudaini & Emma Maembong

Cantik : Kulit Makin Berseri Tanpa Jeragat

Vivix Semakin Cantik

Kekal Cantik, Sihat & Cergas!



Berminat dengan Vivix untuk Kekal Cantik & Awet Muda?

Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Tuesday 26 April 2016

Cara Mudah Untuk Berhenti Merokok Dengan Vivix Shaklee

Korang Tau Tak?

Merokok membenarkan diri melalui proses merosakkan badan untuk masa kini dan akan datang.

Lebih parah lagi, ianya juga memberi kesan buruk kepada mereka di sekeliling.

Cara Berhenti Merokok Dengan Mudah


Jom dengar pengakuan berhenti merokok selepas puas dengan macam-macam kaedah sehingga bertemu jalan penyelesaian yang lebih selamat :)




Kerosakan & Kekurangan Yang Sedang @ Bakal Di Alami Bagi Mereka Yang Merokok


Merokok banyak memberi kesan yang tidak baik kepada badan. Kesan paling ketara, ia boleh menyebabkan kehilangan vitamin dan mineral penting dalam badan terutama sekali kalsium yang boleh menyebabkan tulang semakin rapuh. Kesan lainnya juga adalah :
  1. Deria bau kurang sensitif.
  2. Gigi mudah rosak, gusi senang membengkak selain dari warna gigi berubah menjadi kuning. Ia juga boleh menyebabkan gigi  mudah tercabut sebelum sampai usia sepatutnya.
  3. Apabila tidak sihat, antibodi badan  lemah berbanding mereka yang tidak merokok. Ia menyebabkan proses penyembuhan mengambil masa lebih lama.
  4. Keupayaan fizikal dan mental lebih mudah terganggu.
  5. Keupayaan dan keinginan seksual berkurangan.
  6. Boleh menyebabkan ulser perut.
  7. Mudah dapat asma dan gangguan sistem pernafasan.
  8. Penyakit jantung.
  9. Kanser larinks dan esofogus.
  10. Kanser pankeras.
  11. Kanser paru-paru.

Merokok & DNA Rosak


Setiap sel dalam badan manusia mengandungi DNA. DNA adalah bahan asas untuk menentukan sel-sel terbentuk sihat. Jika DNA rosak, automatik sel-sel pun turut sama rosak. Akibatnya, akan berlaku mutasi DNA. Sel-sel yang mengandungi DNA mutasi boleh membentuk kanser atau penyakit-penyakit lain.

Vivix membantu dalam memusnahkan radikal bebas, memperbaiki sel serta melindunginya hingga ke peringkat cellular DNA.


Kelebihan Vivix Shaklee : Berhenti Merokok

Testimoni Vivix Untuk Ikhtiar Berhenti Merokok


Berhenti Merokok Dengan VIvix

Testimoni Berhenti Merokok Dengan Vivix

Testimoni Berhenti Merokok Dengan Vivix 2

Testimoni Berhenti Merokok Dengan Vivix 3

Testimoni Berhenti Merokok Dengan Vivix 4

Testimoni Berhenti Merokok Dengan Vivix 5

Semoga Bermanfaat!


Anda Berminat Dengan Vitamin Shaklee?


Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Monday 25 April 2016

Cara Merawat Kencing Manis Dengan Vivix


Kencing Manis adalah penyakit yang dapat kita cirikan dengan keadaan hiperglisemia iaitu tinggi kandungan glukosa dalam darah.

Glukosa adalah sumber utama tenaga kepada semua sel dalam badan. Tetapi, jika glukosa berlebihan dalam badan, ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan lebih serius termasuklah kencing manis.

Kencing Manis


Kencing Manis (Diabetis)

Kencing Manis terbahagi kepada 2 jenis iaitu :


  • Diabetes Jenis Pertama

Biasanya di panggil Insulin Dependent Diabetes Mellitus atau Diabetis Awal Remaja. Ciri diabetes jenis tahap 1 adalah dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas.Kebiasaanya, pengidap diabetis jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan  kegagalan penghasilan insulin semulajadi, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah


  • Diabetes Jenis Kedua 

Boleh disebabkan oleh kerintangan insulin iaitu penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin atau penghasilan insulin yang berkurangan.Oleh sebab diabetes jenis tahap kedua masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, ia boleh di kawal dengan pemantauan pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam dan pengambilan ubat secara makan/suapan (suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit)

Vivix & Kencing Manis


Vivix & Kencing Manis


Vivix adalah  supplement yang mampu menembusi DNA manusia. Vivix sangat bagus untuk ikhtiar bagi merawat 3 penyakit serangkai iaitu kencing manis, penyakit jantung dan darah tinggi. Kaya dengan polifenol juga resveratrol.

4 Cara Vivix Shaklee Membantu Merawat Kencing Manis



  • Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (Metabolic Syndrome)
Vivix  supplement antioksidan berupaya untuk membantu melindungi dan memperbaiki sel rosak. Pengambilan Vivix secara konsisten dapat membantu dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.

  • Membantu mengawal kepekatan gula dalam darah
Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula lalu memberi  tenaga. Walaubagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah  meningkat. Vivix mengandungi polifenol yang terkandung dalam Anggur Muscadine bagi membantu melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah . Seterusnya, mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi.

  • Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera
Polifenol Anthocyanins yang terkandung dalam Vivix membantu memperbaiki penglihatan dan penyembuhan luka dengan segera.

  • Mencegah pembentukan AGE Protein
AGE Protein(Advanced Glycation End Products) terhasil apabila protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi bagi penyakit kencing manis. Vivix membantu dalam memperlahankan pembentukan AGE Protein.

Korang Tau Tak?


 
Korang Tau Tak : Kencing Manis Vivix


Testimoni Vivix Untuk Kencing Manis



Testimoni Kencing Manis Vivix

Testimoni Kencing Manis Vivix 2



Testimoni Vivix Kencing Manis 3

Semoga Bermanfaat! :)


Anda Berminat Dengan Vitamin Shaklee?

Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang


ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kebekesanan produk dan kualiti terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Monday 18 April 2016

Cara Tambah Platelet Darah

Selalu dengar tentang platelet.

Korang Tau Tak?  Kekurangan platelet boleh disebabkan oleh kehamilan dan bersalin, pendarahan, autoimun, anemia aplastik (kurang penghasilan platelet) dan bakteremia (bakteria dalam darah).

Platelet juga sangat penting untuk menghalang luka daripada pendarahan berterusan.

Platelet Darah


Platelet Darah

Platelet adalah unsur-unsur penting dalam darah dan ianya penting bagi pembekuan dan pencegahan pendarahan.

Semua sel darah dibuat di dalam sumsum tulang. Platelet yang berasal dari sel-sel yang lebih besar di dalam sumsum tulang yang disebut sebagai megakaryocytes.

Bacaan normal platelet adalah antara 150,000 dan 450,000 per mikroliter (satu juta liter). 

Sebab Platelet Terlalu Sedikit (Trombositopenia)


Apabila kurang platelet, simptom mudah lebam dan pendarahan yang kerap di gusi, hidung dan salur pencernaan.

Antara penyebab lain juga adalah :

  • Ubat-ubatan
  • Sesetengah jenis kanser (leukemia dan limfoma)
  • Rawatan kimoterapi untuk kanser
  • Jangkitan buah pinggang atau disfungi
  • Terlalu banyak alkohol

Cara Tambah Platelet Darah


  • Minum Susu
Tanpa kalsium yang mencukupi, badan mengambil masa lebih lama untuk menghentikan pendarahan. Makan produk tenusu rendah lemak seperti susu, keju dan yogurt, bersama-sama dengan badam, brokoli, buah ara kering dan hijau gelap, sayuran.

  • Folat
Kekurangan folat yang teruk boleh membawa kepada bacaan platelet rendah. Mengikut MedinePlus, Folat atau Vitamin B9 diperlukan bagi pembahagian sel dan pertumbuhan, menyokong peningkatan platelet darah.

  • Protein tanpa lemak dan ikan
Thunder Bay Wilayah Pusat Kesihatan mengesyorkan diet protein tinggi bagi meningkatkan kiraan platelet. Vitamin B12 membantu menggalakkan pengeluaran platelet dan kekurangan pula boleh menyebabkan thrombocytopenia. Zink meningkatkan imuniti. Tiram adalah sumber terbaik Zink, dan daging lembu, ketam, ayam dan ayam belanda juga mengandungi jumlah yang tinggi.

  • Jauhi makanan yang tidak sihat
Makanan tidak sihat yang dimaksudkan termasuklah makanan segera, alkohol dan minuman berkafein, makanan dan minuman seperti ini menghalang penghasilan platelet oleh sumsum tulang. Perbanyakkan makanan sayuran hijau untuk Vitamin K bagi melengkapkan proses baik pulih.

  • Mengambil makanan yang mengandungi sumber asid lemak Omega 3
Pengambilan Omega 3 mampu meningkatkan penghasilan platelet dalam darah. Antara makanan yang mengandungi sumber Omega 3 adalah seperti ikan,minyak ikan, tuna dan ikan salmon liar.

  • Pengambilan air suam setiap hari
Air sejuk akan mengganggu penyerapan nutrisi. Sel-sel darah terdiri dari air dan protein. Sekiranya anda mengambil banyak air, ia akan meningkatkan penghasilan sel darah sekaligus meningkatkan jumlah platelet.

  • Tidur & Rehat Secukupnya
Tidur yang mencukupi 7-8 jam sehari akan menjadikan tubuh lebih segar sekaligus mampu menghasilkan sel darah dan platelet yang banyak.


Atasi Kekurangan Platelet Dengan Pengambilan Vitamin

Set Tambah Platelet Darah Shaklee

  • Vivix
Membantu dalam penjagaan kesihatan keseluruhan, meingkatkan tahap imunisasi, memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

  • Vitalea
Membantu dalam pembentukan sel darah merah. penyelenggaraan kesihatan yang baik, mencegah anemia dan melengkapkan keperluan nutrisi yang kurang akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang. memberi tenaga dan kecergasan pada tubuh.

  • Omega Guard
Meningkatkan penghasilan platelet dalam darah.Meningkatkan sistem imun,mengurangkan tekanan atau stress, merangsang kesihatan hati

  • B Complex
Penting bagi pembentukan atau penghasilan elemen darah termasuk platelet,melawan tekanan atau anti stress, mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah

  • Vitamin C
Meningkatkan jumlah platelet secara semulajadi, membantu penyerapan nutrient secara optimum, memperbaiki simptom pendarahan, meningkatkan sistem imunisasi , menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel tubuh.

  • Performance Drink
Membantu menstabilkan cecair dalam badan. Memberi tenaga dan daya tahan fizikal , meningkatkan daya ketahanan badan dan mencegah penyahidratan


Semoga Bermanfaat! 



Anda Berminat Dengan Vitamin Shaklee?


Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjmatan Berganda


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Thursday 14 April 2016

10 Langkah Kepada I CAN!


Sebenarnya Ani terbaca dalam Makna Issue 03/2015 tentang World Cancer Day 2016.

Hari Kanser Dunia jatuh pada 04/02/2016.

Tapi bukan nak cerita tentang tarikh tu, tapi cerita 10 Langkah Kepada I CAN!

Hari Kanser Sedunia

Hari Kanser Sedunia



Tahukah kita bahawa, tagline kepada Hari Kanser Sedunia adalah "We can. I can". Kita, saya boleh sama-sama gading bahu untuk membawa perubahan fight against cancer. 

Siapa kita? Individu, agensi, pesakit, keluarga , kawan, dan sebagainya semua berhak untuk 10 Langkah Kepada I CAN.


10 Langkah Kepada I CAN!


  • Pilih gaya hidup yang sihat
Gaya hidup sihat dapat membantu mengurangkan risiko dari terkena kanser.

  • Fahami  tanda-tanda awal mampu membantu menyelawatkan nyawa
Syarikat profesional, individu yang mempelajari tanda-tanda awal kanser boleh berkongsi ilmu kepada teman-teman rapat atau masyarakat betapa bernilainya kesihatan dan tanda-tanda awal kanser daripada merebak ke peringkat seterusnya.

  • Minta Sokongan
Mereka yang tinggal sekali dengan pesakit kanser boleh meminta bantuan pertolongan.

  • Beri Sokongan
Beri mereka harapan dan sokongan boleh memberi impak  yang positif kepada kehidupan mereka.

  • Kontrol keadaan semasa mengidap kanser
Mereka yang mengidap kanser mampu menguruskan keadaan diri sendiri dengan cara ambil berat tentang kesihatan diri, apa yang boleh , apa yang tak, keperluan dan apa yang mereka pilih.

  • Sayangi & Menyayangi
Ianya dapat membantu bagi mengurangkan stress dan memperbaiki kualiti kehidupan bersama keluarga juga pasangan.

  • Jadi Diri Sendiri
Dengan mendapatkan sokongan yang betul, pesakit kanser mampu untuk percaya diri

  • Kembali Bekerja
Dengan sokongan yang betul, pesakit kanser mampu untuk bekerja semula

  • Berkongsi Cerita
Ianya mampu memberikan semangat dan sokongan kepada mereka yang turut mengalaminya.

  • Bersuara
Jadi salah seorang yang mampu untuk berbicara dengan teman dan masyarakat untuk kesihatan bersama.


Video iReach : Walk4Humanity



Semoga Bermanfaat!


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani 
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do What You Love"

Wednesday 13 April 2016

Cara Mengelak Serangan Jantung Sebelum Lebih Teruk

Selalu orang ingat penyakit jantung hanya menyerang lelaki kan?

Tidak benar sebenarnya kerana ia boleh menyerang lelaki ,wanita juga kanak-kanak.

Walaubagaimanapun, risiko untuk golongan wanita untuk mendapat penyakit jantung adalah lebih rendah kerana tubuh wanita mempunyai paras estrogen yang tinggi ketika masih subur yang berupaya melindungi mereka daripada risiko sakit jantung.

Serangan Jantung


Serangan Jantung

Sakit Jantung  terjadi disebabkan oleh penyempitan pembuluh arteri yang mengalirkan darah ke otot jantung. Apabila penyempitan berlaku secara serius, maka terjadilah Serangan Jantung.

Punca Penyebab Kepada Penyakit Jantung Terjadi


  • Asap Rokok
Asap rokok ia mempercepatkan pembekuan darah. Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding salur darah dan mengurangkan bekalan oksigen ke jantung

  • Lemak Berlebihan
Pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak

  • Kurang Bersenam
Pengaliran darah ke jantung tidak begitu lancar dan  keadaan di mana jantung lemah

  •  Darah Tinggi
Menggalakkan penyempitan salur darah dan jantung dalam keadaan terpaksa mengepam lebih kuat.  Lebih tinggi tekanan darah tinggi, lebih besar  kepada risiko serangan jantung.

Cara Mengelak Serangan Jantung Sebelum Lebih Teruk


  • Berhenti Merokok
  • Mengambil ubat atau supplement semulajadi untuk mengawal tekanan darah tinggi atau penyakit kencing manis.
  • Kawal stress dengan cara hidup sihat . Dapatkan tidur dan rehat yang cukup, jalani aktiviti fizikal
  • Pilih daging putih seperti ayam dan ikan serta kurang pengambilan daging merah
  • Kerap bersenam : berjalan kaki sambil membeli belah merupakan senaman paling mudah
  • Ambil makanan tinggi serat untuk pembakaran lemak atau kolestrol yang lebih baik
  • Pilih makanan berkhasiat : lebihkan ikan, buah-buahan & sayur-sayuran
  • Pilih makanan rendah lemak
  • Pilih cara memasak yang sihat -panggang, rebus dan kukus.


Korang Tau Tak?


Kesan kepada Atrial Fibrillation, iaitu keadaan degupan jantung tidak sekata adalah darah mudah beku. Apabila tiada heart beat, jantung tidak pam darah, jadi darah banyak berkumpul dan mudah beku.

Risiko kepada Sakit Jantung & Strok Tinggi.
Korang Tau Tak : Serangan Jantung

Ikhtiar Vivix Untuk Jantung


Ikhtiar Vivix Untuk Jantung


Semoga Bermanfaat! :)



Anda Berminat Dengan Vitamin Shaklee?


Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. 

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani 
sms/whatsapp : 014-7222642 
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Tuesday 12 April 2016

Promosi Shaklee April 2016


Ani rasa belum terlambat kan untuk beritahu Promosi April 2016.

Bagi mereka yang mengambil vitamin Shaklee pasti hati ingin tahu apa promosi untuk bulan ni.

Pastinya ianya ada favourite Ani hihi :D

Promosi Shaklee April 2016


Promosi Shaklee April 2016
Vivix, Omega Guard, Vitamin C & Vitalea for Children

Vivix

Vivix bantu menggalakkan penuaan yang sihat dan penjagaan kesihatan keseluruhan.

Sustained Release Vitamin C 

SR Vitamin C

Vitamin C antioksidan semulajadi. Bantu kekalkan integrasi sel-sel, Untuk kesihatan gigi, gusi dan tulang.Untuk imun badan dan bina kolagen untuk kulit yang sihat.

  • Promosi 6 Beli 7
  • Promosi Beli 2 Dapat 5% Diskaun

Omega Guard



Omega Guard Shaklee membekalkan Omega 3 untuk seisi keluarga. Omega Guard membantu dalam kesihatan sendi, kencatikan , mengawal paras kolestrol dan tekanan darah normal.

  • Beli 6 dapat 7
  • Beli 2 dapat diskaun 5%

Vitalea for Children 



  • Promosi Vitalea Beli 3 Percuma 1

Jangan Lepaskan!


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

ATAU


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do What You Love"

Saturday 9 April 2016

Apakah Itu Kolostrum?

Selalu dengarkan bagi Ibu yang baru melahirkan pasti ada Kolostrum Susu Ibu.

Bagus ke Kolostrum tu, penting ke?

Pandangan Mak Ani ianya sangat penting :)

Apakah Itu Kolostrum Susu Ibu?


Apakah Itu Kolostrum Susu Ibu

Sebenarnya Kolostrum itu susu awal yang dikeluarkan oleh payudara Ibu dalam beberapa hari pertama penyusuan.

Penting Tak Kolostrum Susu Ibu ni?


Pentinglah :)!. Sebenarnya,susu  dalam peringkat ini adalah yang rendah kandungan lemaknya tapi kaya dengan karbohidrat, protein dan antibodi untuk kesihatan bayi.

Ia sangat  mudah dihadam dan paling sesuai untuk bayi. Jadi, Ibu jangan risau. Walaupun jumlahnya sedikit teapi ia mempunyai zat makanan yang baik untuk bayi baru lahir.

Kebaikan Kolostrum Susu Ibu


  • Kolostrum mempunyai kesan pelawas dengan cara ia memudahkan bayi untuk membuang air besar dan membantu rembesan bilirubin yang berlebihan serta mencegah demam kuning. 
  • Selain memberi khasiat makanan yang lengkap untuk bayi, ia juga membekalkan sejumlah besar sel-sel hidup yang akan melindungi bayi daripada sumber-sumber yang memudaratkan. Daya ketahanannya juga lebih tinggi berbanding susu yang matang.
  • Ia  berfungsi sebagai vaksin asli dan selamat. Ia mengandungi sejumlah besar antibodi yang dikenali sebagai rembesan imunoglobulin A (IgA) yang merupakan bahan baru kepada bayi yang baru lahir.

Sebelum bayi dilahirkan, bayi mendapat manfaat daripada satu lagi antibodi dipanggil IgG, menerusi uri. IgG bergerak menerusi sistem peredaran darah bayi tetapi IgA melindungi bayi dari tempat-tempat yang cenderung diserang kuman seperti selaput lendir dalam kerongkong, paru-paru dan usus.

Di sinilah peranan penting Kolostrum dalam saluran gastrousus bayi. Kolostrum membantu dengan menampung kekurangan dan menutup saluran gastrousus dengan penghadang yang menghalang bahan-bahan asing daripada menembusi dan berkemungkinan membuatkan bayi menjadi sensitif kepada makanan yang dimakan oleh ibunya. 

Kolostrum juga mengandungi leukosit iaitu sel-sel darah putih yang mampu memusnahkan bakteria dan virus pembawa penyakit.

Cara Ibu Ini Tambah Susu Badan Supaya Tak Panik Anak Menangis Kelaparan : https://vimeo.com/114857359


Semoga Bermanfaat! :)


Anda berminat dengan Vitamin Set Menyusu Shaklee?

Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Makan Sendiri Untuk Penjimatan Berganda


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...