Apakah Itu Kolostrum?

Selalu dengarkan bagi Ibu yang baru melahirkan pasti ada Kolostrum Susu Ibu.

Bagus ke Kolostrum tu, penting ke?

Pandangan Mak Ani ianya sangat penting :)

Apakah Itu Kolostrum Susu Ibu?


Apakah Itu Kolostrum Susu Ibu

Sebenarnya Kolostrum itu susu awal yang dikeluarkan oleh payudara Ibu dalam beberapa hari pertama penyusuan.

Penting Tak Kolostrum Susu Ibu ni?


Pentinglah :)!. Sebenarnya,susu  dalam peringkat ini adalah yang rendah kandungan lemaknya tapi kaya dengan karbohidrat, protein dan antibodi untuk kesihatan bayi.

Ia sangat  mudah dihadam dan paling sesuai untuk bayi. Jadi, Ibu jangan risau. Walaupun jumlahnya sedikit teapi ia mempunyai zat makanan yang baik untuk bayi baru lahir.

Kebaikan Kolostrum Susu Ibu


  • Kolostrum mempunyai kesan pelawas dengan cara ia memudahkan bayi untuk membuang air besar dan membantu rembesan bilirubin yang berlebihan serta mencegah demam kuning. 
  • Selain memberi khasiat makanan yang lengkap untuk bayi, ia juga membekalkan sejumlah besar sel-sel hidup yang akan melindungi bayi daripada sumber-sumber yang memudaratkan. Daya ketahanannya juga lebih tinggi berbanding susu yang matang.
  • Ia  berfungsi sebagai vaksin asli dan selamat. Ia mengandungi sejumlah besar antibodi yang dikenali sebagai rembesan imunoglobulin A (IgA) yang merupakan bahan baru kepada bayi yang baru lahir.

Sebelum bayi dilahirkan, bayi mendapat manfaat daripada satu lagi antibodi dipanggil IgG, menerusi uri. IgG bergerak menerusi sistem peredaran darah bayi tetapi IgA melindungi bayi dari tempat-tempat yang cenderung diserang kuman seperti selaput lendir dalam kerongkong, paru-paru dan usus.

Di sinilah peranan penting Kolostrum dalam saluran gastrousus bayi. Kolostrum membantu dengan menampung kekurangan dan menutup saluran gastrousus dengan penghadang yang menghalang bahan-bahan asing daripada menembusi dan berkemungkinan membuatkan bayi menjadi sensitif kepada makanan yang dimakan oleh ibunya. 

Kolostrum juga mengandungi leukosit iaitu sel-sel darah putih yang mampu memusnahkan bakteria dan virus pembawa penyakit.

Cara Ibu Ini Tambah Susu Badan Supaya Tak Panik Anak Menangis Kelaparan : https://vimeo.com/114857359


Semoga Bermanfaat! :)


Anda berminat dengan Vitamin Set Menyusu Shaklee?

Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Makan Sendiri Untuk Penjimatan Berganda


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

2 comments:

Penjimatan Pembelian Vivix Bulan 12/2017

Bulan 12 ni promo Vivix Tapi bagaimana penjimatan pembelian Vivix boleh berlaku? Begini caranya :) Penjimatan Pembelian Vivix ...