Bahaya Denggi Jika Tidak Di Rawat Dengan Segera

Pasti ramai yang tahu, demam denggi jika di biarkan boleh membawa maut.

Dan lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterannean dan Pasifik Barat mengalami masalah ini

Bahayanya Denggi!


Bahayanya Denggi


Demam Denggi adalah demam yang disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk aedes. Ada yang sehingga menyebabkan denggi berdarah lantas boleh membawa maut.

Nyamuk aedes sangat senang untuk dikenali kerana belang hitam putih pada badan dan kakinya. Menggigit pada awal pagi dan senja. Selalunya membiak di dalam takungan air jernih seperti dalam tangki pam tandas, tempat simpanan air, pasu bunga, tin dan botol, saluran air hujan dan ia hanya mengambil masa 1 minggu sahaja untuk menjadi dewasa.

Gejala Demam Denggi


Kebiasaannya, demam akan terjadi pada hari ke 3 sehinggalah hari ke 14 selepas digigit oleh nyamuk aedes betina.

Ia akan bermula dengan demam yang kuat mengejut, sakit kepala kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot juga sendi.

Demam boleh mencapai suhu sehingga 40-41 darjah celcius dan selalunya akan berlarutan sehingga 2-7 hari. Ia boleh menyebabkan serangan sawan di kalangan kanak-kanak bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang, otot dan sendi. Demam Denggi juga dikenali sebagai "breakbone fever"

Ruam akan tumbuh dalam 3-4 hari demam, muntah dan kurangnya selera makan juga akan berlaku.

Demam Denggi Berdarah


Untuk demam denggi berdarah, pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh keradangan salur darah. Simptom-simptom biasa terjadi termasuklah demam, pitam dan sakit dibahagian abdomen.

Salur darah dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Maka, ianya menyebabkan pesakit mengalami renjatan atau shock dan mengakibatkan kematian.

Rawatan Demam Denggi

  • Berjumpa Doktor
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia ubat paracetemol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan
  • Elakkan pengambilan ubat aspirin bagi kanak-kanak dibawah umur 12 tahun
  • Mandi jerlum
  • Antibiotik tidak diperlukan

Pandangan Pakar Nutrisi Shaklee Tentang Demam Denggi





Semoga Bermanfaat! :)


Anda Berminat Dengan Vitamin Shaklee?



Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani 
sms/whatsapp ; 014-7222642
fb@Instagram ; LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

5 comments:

  1. Penawar denggi ni makan sop ketam dan telan TFA je. Bagi anti body kuat. Tapi jgn ambil mudah kalau dah teruk. Better ke hoapital utk rawatan susulan..

    Singgah blog kak no lg.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruk sangat membahayakan kan, cegah sebelum parah

      Delete
  2. cegah la sebelum terlambat.

    nak merawat tu, memang azab.

    sengsara kalau kena.

    ReplyDelete

Penjimatan Pembelian Vivix Bulan 12/2017

Bulan 12 ni promo Vivix Tapi bagaimana penjimatan pembelian Vivix boleh berlaku? Begini caranya :) Penjimatan Pembelian Vivix ...